Wings – Menakluk Kosmos (2014)

Menakluk KosmosSetelah lebih kurang 12 tahun menunggu, akhirnya Wings melancarkan album yang telah ditunggu-tunggu buat sekian lamanya oleh semua peminat termasuk aku. Menakluk Kosmos dilancarkan pada 19 May 201. Sepatutnya kalau ikut perancangan awal, ada macam showcase waktu launching, tapi tak jadi. Kalau tak, mungkin aku ada sekali dan semangat sikit nak review album ni. Hahahaha (sebab dah terlepas beberapa siri konsert Wings).

 

Menakluk Kosmos CD

Banyak sangat komplen pada album Naga Kramat menjadikan album ni ditunggu-tunggu samada dapat tebus balik apa yang tak kena pada Naga Kramat ataupun tidak. Naga Kramat pun susah jugak aku nak komen sebab bila dengar pun satu macam dia punya feel tak tahu nak cakap macam mana.

 

Inner Menakluk Kosmos

Album disediakan dengan booklet lirik penuh warna yang memuatkan kesemua lirik lagu dan ucapan-ucapan daripada Awie, Joe, Eddie dan Black.

 

Ucapan Menakluk Kosmos

Ucapan alu-aluan kali ni tersergam penuh nama Zan Bassist (Blog Bassist Untuk Disewa – Mencari Dalam Keadaan Matanya Yang Rasanya Tertutup Sejak Konsert Metallica Haritu, hahaha) dan Sayap-Sayap Wings yang tak dapat disenaraikan namanya sebab terlalu ramai (aku la kot?)

 

Equipment Menakluk Kosmos

Wings adalah band tempatan yang rajin menyenaraikan senarai peralatan yang digunakan ketika rakaman dan konsert. Cuma kali ni, Awie mungkin datang semangat humornya apabila turut menyenaraikan ubat batuk cap ibu dan anak sebagai peralatan utamanya selepas microphone! Hahaha…

 

Track Menakluk Kosmos

Malas nak taip tracklist, aku snap saja gambar pada digipek Menakluk Kosmos. 10 lagu terbaru terkandung di dalam album ini. Track pertama Menakluk Kosmos memang habis gempak. Apek kedai tu sengaja demo waktu aku masuk kedai pasang full blast speaker. Ok, aku agak impress.

Balance lagu heavy dan slow sangat bagus. Tetapi kalau peminat Wings era hujung 80-an dan awal 90-an pasti mempertikaikan di mana hilangya “feel” rock kapak dan gitar solo yang sangat melodic seperti dulu. Tak boleh nak komen lebih-lebih sebab rasanya dah ramai blogger lain yang dah review album ni (sebelum aku search susah betul jumpak review album Wings).

Semasa “Ingatkan Dia” dikeluarkan sebagai preview awal dulu, aku dah suka lagu ni. Dan sekarang, radio hampir setiap hari menyiarkan lagu ni. Kenapa? Senang saja jawapannya; ada nilai komersil. Lagu-lagu lain agak sukar kedengaran di radio. kenapa? Sebab lagu keras la… Rakyat Malaysia kan semua suka yang slow motion ni, nak keras tengok komen Facebook; berapi aje 24 jam.

  • Best: Grafik album, lagu fresh dan mengikut peredaran zaman
  • Tak best: Digipek punya saiz hampeh, susah nak simpan. Sepatutnya booklet ada banyak gambar lagi.
  • Kelemahan: Kurang promosi dari pihak KRU Music. Sepatutnya promosi grand la sikit, tak paham aku masalah KRU vs Wings ni. Sayang betul.

Akhir kata, jika nak dibandingkan dengan Naga Kramat, sudah pasti Menakluk Kosmos adalah pemenangnya, tetapi jika nak dikatakan THE BEST, aku masih berat hati nak kata ya. Aku bagi 6.5/10 untuk album ni. (kalau bagi 10/10 bias sangat aku rasa)

Dah tulis review ni baru teringat, keahlian Sayap-Sayap Wings pun tak renew lagi. lepas raya ni sengkek la pulak.

 

facebook comments:

6 thoughts on “Wings – Menakluk Kosmos (2014)

  1. I was intending to write a bit about my opinion on this album,
    but I was kind of pissed off reading all the gossips about Awie’s personal life that was going on at the same time this album was just in the market.

    Sedikit sebanyak menjejas fokus terhadap album ni sendiri.

    Pada pendapat aku, lagu2 laju best, lagu2 rentak sederhana best.
    lagu slow, a bit….well……

    tapi aku nak Wings main semua lagu baru kat konsert full dorang nanti.

    Aku dissapointed ngan Search, GME aje..GME aje… Irama marakas pun tak main live.
    Aku harap Wings main lagu2 baru…Wings kena evolve..kena sentiasa modernkan diri, tak boleh jadi band kaberet, bersandarkan kejayaan lama,

  2. Pingback: Scorpions - Return To Forever | Speedrider Networks

  3. Conflict of Clans is an addictive mixture of strategic planning and
    competitive quick-paced combats.
    clash of clans hack apk,clash of clans hack apk root,clash of clans hack download ios,clash of clans hack no survey,clash of clans hack apk no root,clash of clans hack activation code,clash of clans hack apk 7.65.5,clash of clans hack cydia gems,clash of recently posted..clash of clans hack apk,clash of clans hack apk root,clash of clans hack download ios,clash of clans hack no survey,clash of clans hack apk no root,clash of clans hack activation code,clash of clans hack apk 7.65.5,clash of clans hack cydia gems,clash of clans hack tool download,clash of clans hack apk free download,clash of clans hack tool apk,clash of clans hack app,clash of clans hack download mac,clash of clans hack apk 2015,clash of clans hack download apk,clash of clans hack tool online,clash of clans hack download android,clash of clans hack cydia july 2015,clash of clans hack download no survey or password,clash of clans hack download apk android,clash of clans hack tool,clash of clans hack gems,clash of clans hack cydia ios 8.4,clash of clans hack tool ios,clash of clans hack tool app,clash of clans hack download free,clash of clans hack apk ios,clash of clans hack ios,clash of clans hack cydia 8.4,clash of clans hack apk file download,clash of clans hack,clash of clans hack cydia free,clash of clans hack tool download no survey,clash of clans hack download,clash of clans hack cydia source,clash of clans hack cydia ifile 2015,clash of clans hack tool 2015,clash of clans hack cydia,clash of clans hack download 2015,clash of clans hack cydia ios 8,clash of clans hack cydia 2015,Clash Of Clans Hack,clash of clans hack apk download for android no survey,clash of clans hack tool download no survey 2015,clash of clans hack tool no survey no password 2015,clash of clans hack download pc,clash of clans hack apk 7.156.5

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge