Wings – Masterpiece (1997)

Selama ni aku cuma asyik mendengar nama J.S. Kevin. Tetapi biasanya aku lebih biasa atau selalu mendengar hubungkait nama J.S. Kevin ni bersama XPDC. Aku rasa, ramai yang tahu (mengenali dengan lebih lanjut) tentang JS Kevin atau nama sebenarnya Zul Adnan bin Mohd Razali Said cuma selepas beliau meninggal dunia, dengan beberapa siri album ‘tribute’ dihasilkan, termasuk daripada Wings.

 

Allahyarham semasa hidupnya menggunakan banyak nama pena selain JS Kevin. Contohnya beliau menggunakan nama Zamri S. dalam sesetengah lagu Wings. Antara nama pena lain yang digunakan ialah ZN Kevin, Nasha Kevin, Zul Kevin, Ms. Kevin, Nadia Ewing dan Masterpiece.

ZN Kevin diceritakan adalah nama isterinya dan biasanya diletakkan bersama-sama dengan nama JS Kevin sebagai pencipta lagu dan  ZN Kevin sebagai penulis lirik. Ia adalah supaya isterinya akan turut sama mendapat royalti di atas karya-karyanya.

Soalan: Anda ada maklumat lain dengan nama pena yang digunakan oleh JS Kevin? Nasha Kevin, Ms. Kevin dan lain-lain digunakan untuk lagu apa dan untuk siapa? Sekiranya ada, harap dapat berkongsi di ruangan komen.

 

 Album Tracklist:

1. Pesona Sanubari
2. Bernafas Dalam Lumpur
3. Bujang Senang
4. Saputangan
5. Alam Barzakh
6. Satu Titik Yang Kosong
7. Semalam Yang Hangat
8. Biarkan Berlalu
9. Perhentian
10. Potret Monaliza
11. Misteri Mimpi Syakila
12. Jelang

Dalam album ni, lagu yang aku tak berapa familiar (ya, aku bukan fanatik :p) adalah track seperti Jelang (Puisi Aidilfitri), Satu Titik Yang Kosong (Biru Mata Hitamku) dan Pesona Sanubari (album release).

Owh, aku tak ada album Puisi Aidilfitri dan Biru Mata Hitamku rupanya! Hehehehe..

 

Konsep dalam inlay tak banyak info. Kalau nak baca jugak, MasterComp dah ada senaraikan apa yang ditulis. Pada aku, satu kerugian jika sesebuah album ‘tribute’ tidak didatangkan dengan satu pakej informasi yang lengkap kepada siapa yang ditujukan albumnya.

 

Gambar cilok dari Google dan Muzik Rock

Dalam inlay, gambar JS Kevin pun digelapkan, sesuai dengan sifat semasa hidupnya yang tak pernah menonjolkan diri di media.

Dipetik dari Khys Muzik Rock, allahyarham tidak pernah hadir dalam sebarang acara pertandingan lagu yang dianjurkan oleh stesen televisyen dan semua hadiah kemenangan beliau diterima oleh wakil. Gambar beliau telah disiarkan kepada umum semasa Anugerah Industri Muzik 2003 di dalam segmen memperingati insan seni yang telah meninggal dunia.

Bacaan lanjut:

1. Muzik Rock
2. Rockapak Area
3. Cicak Tonjeng
4. Wikipedia
5. Sayap-sayap Wings

facebook comments:

4 thoughts on “Wings – Masterpiece (1997)

  1. sebuah lagu yang menarik dalam album ini iaitu ” Pesona Sanubari” di mana band aku pernah perform lagu ni circa 2001 masa jamuan hari raya dan kami berjaya melopongkan penonton yang hadir, sungguh rare lagu ni ketika itu , kini dan selamanya kot?

  2. dulu, zaman sekolah dulu, bila lagu Anugerah kat kaset wings nombor dua,
    kita semua like, eh ni JS Kevin ni cam nama omputeh je, islam ke bukan ni?
    abis tu dia cipta Anugerah? abis tu kalo pencipta lagu tu bukan Islam? abis cammana eh kita nak nyanyi sama?

    ZAMAN KATAK BAWAH TEMPORONG DULU2.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge