Wild Child On The Street

Syahdu di Taiping… Sojuk. Mengkuruskursuskan diri kat sini.

Dua tiga hari ni memang fenomena Wings betul! Sejak Ijau menjamu mata semua blogger dengan koleksi-koleksi yang tak disentuh di Bintulu, aku menyusul, kemudian Berteromber pun menyusul dengan Best Of Wings. Untuk Encik Berteromber, kalau tengok betul-betul dekat inlay dalam album tu, benda yang paling special ialah benda ni:

– watermark WINGS. Ramai orang tak perasan.

Apa-apa pun, Wings dah keluarkan ACD dan VCD untuk Wings Live In Planet Hollywood, 21st Anniversary. Jangan lupa beli kepada mereka yang meminati WINGS (pergh, ayat tak hengat!! Aku pun tak beli lagi). Untuk album ni, poster ada, jadi… Jangan lupa membuat muka tak malu untuk dapatkan poster tu.


Gambar kredit to Khys dan Auze, serta Sayap-Sayap Wings

Dah aku duduk kat Taiping Pekan Koboi ni, aku pun ronda-rondalah sikit tadi mencari kedai old school. Tapi kaki yang ada kat Taiping semuanya takleh harap. Abang Lukman jugak yang bagi direction betul yang menemukan aku ke sebuah kedai spare-parts motor old school ni.

Jenuh tawar-menawar jugak dengan auntie yang jaga kat kedai ni. Tapi kental sungguh hati orang tua tu, aku buat muka seposen pun tak makan. Jadi, terpaksa berpuas hatilah dengan harga pembelian benda yang kadang-kadang ada, dan kadang-kadang takder kat Penang ni.

Windshield  Suzuki TXR 150 Shark (selalu orang sebut Panther Jerung) terpaksa aku cari untuk cover badan aku yang terlampau kecik ni setiap kali long distance ride. Kira-kiranya nok tolong potong angin la, memandangkan badan aku ni badan yang jenis tak potong angin, tapi makan angin ada la… Hahahaha…

Dah beli, jenuh aku memikirkan, nanti nak balik macam mana la aku nak bawak balik. Dahla aku datang kursus ngan motor saja. Adeh….

Bercakap pasal motor dan rock, tengok video ni, pastu.. pikir.. Ada macam pernah dengar tak? Lepas tu, debat la puas-puas dekat comment section tu.

Ok lah, kepada yang masih tak perasan… Lagu ni adalah lagu yang sama macam SOFEA nyanyi Anak Liar.

WASP – Ada rock, dan ada motor.
SPEEDRIDER – Ada rock poser, ada motor dan ada baaaanyak makan.

facebook comments:

7 thoughts on “Wild Child On The Street

  1. Kalau lu dah beli vcd / acd tu nanti, sila perhati betul2 gambar didalam inlay. Lepas ni wa nak buat kuiz “cari muka” dalam blog wa..hahaha

    p/s: syahdu beb layan Gemala Saktiku live!

  2. @Abang Lukman
    saya cari kedai tu tak jumpak.. hahahaha

    @Berteromber
    Kalau begitu, boleh jualkan Best Of Wings mu itu kepada saya? ahahahaha

    @Ijau
    Aku cari kedai kaset tak jumpak jugak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge