Wau Ya Nga Sin = Kepak-Kepak

Miskin Siot Pakai Kotak Free

Harini, aku balik kerja lewat sebab ada fault di Balik Pulau. Bila masuk saja bilik, aku terus nampak kotak ni atas meja bilik aku dan aku terus dapat tangkap siapa yang hantar. Mentang-mentang dia pegawai penting Telekom, asyik kotak recycle ni yang dia pakai. tapi bagus jugak kerana tindakan ini akan membantu kita semua dalam pemuliharaan alam sekitar. Terima kasih Amin. Lu memang peminat rock leleh tahap dewa paling best gua pernah jumpak. Jadi, dengan sedikit perlian yang telah gua beri, sila update blog lu.

Bahan yang dihantar dengar macam stylo gila

Yang paling menimbulkan tanda tanya di seluruh isi rumah gua, adalah benda yang ditulis di bahagian Bahan Kiriman. Semua tertanya-tanya benda apa yang dimaksudkan dengan ‘Baju Kepak’. Tapi gua sorang saja paham kot. Huhu…

Front View

Aku pun dah tak tau berapa helai baju Wau Yan Nga Sin yang aku dah ada. Sampai yang tak terpakai pun ada, sebab sayang nak pakai. Tapi bila dah banyak-banyak keluar dan beli macam ni, rasa sedikit frust dengan Grousiey Printhouse pun ada. Sebagai pengeluar merchandise rasmi untuk WINGS, dan seperti yang telah dicadangkan lama dahulu, nampaknya label tag masih tidak menggunakan logo Wings. Tapi yang hairannya, sewaktu konsert Search Di Awan Biru, label logo SEARCH digunakan untuk setiap baju yang dijual. Pelik dan hairan bin ajaib. Untuk sesebuah baju yang berharga RM30 dan ke atas, dan dengan kuasa jualan yang pasti akan laku, sepatutnya Grousie dah meletakkan label WINGS untuk setiap keluarannya. Nampak macam slack sikit bila asyik-asyik logo ikan kat label tu yang muncul. Nampak macam produk lekeh, atau nampak sama saja dengan un-official tee yang dijual merata-rata.

Back View

Bercakap pasal baju, aku teringat akan arwah Ijan. Sudah setahun dia meninggalkan kita. Arwah dulu, rajin sms/call aku bila setiap kali baju baru nak muncul. Ataupun dia dah simpan siap-siap bila ada limited edition printing. Tapi sekarang, itu semua hanya tinggal kenangan.

Banner Palsu Lagi Menyesatkan

Dengan ini, aku menyeru sesiapa yang update Laman Rasmi Sayap-Sayap Wings, tolong update 1st page anda dengan warning seperti yang telah anda letak di facebook. Bukan semua peminat Wings dan Search yang ada facebook. Dunia sekarang, semua orang akan ambil kesempatan. Setakat ni, aku taktau la mamat-mamat dengan nombor telefon di atas tu dah mengaut berapa banyak keuntungan dengan berita palsu yang belum disahihkan lagi untuk Sabah punya konsert Double Trouble.

Aku jugak tertunggu-tunggu samada Abang Ben masih berminat nak jual baju Line 6 dia seperti yang diwar-warkan dulu di entry blog dia. Tiada jawapan sampailah sekarang. Dan aku tertanya-tanya samada baju tersebut telah dijual, tak jadi jual, ataupun Abang ben lebih sanggup buat kain buruk daripada jual sebab sayang (aku pernah buat kat seluar aku, hahahhaa).

facebook comments:

4 thoughts on “Wau Ya Nga Sin = Kepak-Kepak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge