Warkah Cinta Untuk Isteriku

Pictured at KTMB Butterworth + RGR321EX + Kangkang = Rock Habis

28 May 2012, genap setahun kita disatukan. Syukur Alhamdulillah kita dapat mengharungi setahun yang sukar ini bersama-sama. Telah kita ikrarkan segala onak dan duri akan kita tempuhi bersama, Abang tahu, jauh di hati sayang, sangat sukar untuk menerima ujian besar di dalam perkahwinan kita. Abang redha dengan semua ujian ini, dan abang harap kita akan sama-sama tabah menghadapinya.

 

Sekali-sekala boleh tak layan rock syahdu?

Alhamdulillah, Muhammad Qayyum hadir untuk menceriakan hidup kita. Terima kasih sayang kerana banyak berkorban demi keluarga kita. Semoga kita akan sama-sama kuat dalam menghadapi segala apa jua rintangan yang bakal kita hadapi dalam mengemudi keluarga kita.

Maafkan abang sebab terpaksa tunggu setahun untuk buat kompilasi video ini. Seperti biasa jawapan abang, sibuk. Maafkan abang. Abang sayang pada Nurul dan anak kita, Muhammad Qayyum.

facebook comments:

4 thoughts on “Warkah Cinta Untuk Isteriku

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge