Virtual Detox

Aku terbaca pasal Virtual Detox ni dalam 2-3 bulan lepas. Mula-mula aku tak paham apa maksud benda ni, tak pernah ambil tahu pun sebenarnya.

Lepas aku buat sedikit bacaan, melalui Google la, apa lagi? Rupanya virtual detox ni adalah cara rawatan untuk merawat penyakit ketagih internet ataupun gadget.

Kalau diikutkan, cara paling ekstrim rawatan virtual detox ni, memang tak boleh pegang langsung benda-benda berkaitan teknologi ataupun internet ni. Kalau kat negara barat, siap ada macam boot camp khas untuk merawat budak-budak yang dah obses dengan internet ataupun console games ni. Kebanyakannya berjaya.

Ok, aku deactivate facebook aku jap, dah masuk 24 jam rasanya sekarang. Tengok boleh berjaya atau tak?

facebook comments:

4 thoughts on “Virtual Detox

  1. aku takde tv aku ok, takde internet 24 jam aku dah mula gigil…

    tapi kalau ada newspaper, hah aku tak gigil sangat la…

    kira aku nak kena tahu berita tempatan dan internasional dan sukan gitu….

    cehhhh…

  2. Zaman dial up dulu, tak de smart phone, check email & buat blog pun seminggu sekali pun dah kira hebat.

    Zaman ni keliling dgn wassap, FB, IG, dsbnya. Hebat la kalau dpt jauhkan semua tu.

    …errr…Music detox tak de ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge