Vimto

Vimto Yemen

Memandangkan waktu aku tengah tulis ni aku berada di Universiti Sains Malaysia. Godek-godek SD Card kamera, terjumpa gambar aku ambil gambar Vimto; minuman yang aku pertama kali kenal di Qasar Hadramawt. Oh ya, sehingga saat entry ini ditulis, Entry pengenalan aku tentang Qasar Hadramawt telah menerima banyak hits kunjungan dan telah dijadikan banyak pihak sebagai rujukan dan saranan selepas membacanya. Terima kasih kepada pembaca dan harap-harap owner Qasar Hadramawt tu bolehla call aku buat kenduri apa sikit ke sebab dah banyak promosi datang dari entry tu tau. Ha ha ha!!!

 

VimtoVimto di Qasar Hadramawt sebenarnya telah naik harga. Dari asalnya RM2.00 segelas, aku rasa sekarang dah mencecah RM4.00. Sekiranya rasa sedap, boleh cuba resepi aku. Aku bagi gerenti rasa 100% seperti di Qasar Hadramawt! Apa macam? Baca sampai habis.

Vimto ni aku dapat di gerai yang diusahakan oleh pelajar Arab di Universiti Sains Malaysia (Sebab tu sekarang baru aku teringat dengan gambar aku nih). Dikeluarkan oleh Aujan Industries, rupa-rupanya sememangnya namanya Vimto, telah dijenamakan hampir 104 tahun dahulu! Lama kan?

First introduced from the UK to the Middle East in 1928, Vimto is one of the most well-known brands in the Aujan portfolio. Vimto has enjoyed over 80 Ramadan celebrations within the region, delivering its fruity, refreshing and energising flavours at Iftar occasions across the Middle East, with over 30 million bottles sold. In addition to the original bottled cordial recipe, Vimto is now available as a carbonated, ready-to-drink can. Other convenient formats include Fiber brick and plastic bottles to ensure Vimto is enjoyed all year round by all ages and nationalities. – Aujan Industries

Aku rasa, sekiranya berminat dengan sejarah panjang Vimto, boleh ke micro-site Aujan Industry tentang Vimto di sini. Sebenarnya aku pun tak tahu buah apa yang dipakai untuk membuat kordial ni. kalau ikut label pada botol, ia ada campuran Blackcurrant, Raspberry dan Natural Fruit Juice (aku rasa ini la rahsia Vimto, saja ja taknak tulis), Caramel and Alura Red Color dan Cola Extract.

Menurut microsite tersebut, kordial ini telah berada di pasaran lebih daripada 104 tahun dengan sambutan lebih 80 ramadan di negara-negara Arab dengan Arab Saudi, Kuwait dan UAE adalah 3 negara yang memiliki penjualan paling tinggi setakat ini.

Untuk resepi Vimto seperti di Qasar Hadramawt, berikut adalah resepi cuba-jaya yang telah aku test:

  1. 1/7 bahagian Vimto
  2. 6/7 air sejuk
  3. F&N Ice Cream Soda secukup rasa (akan memberikan rasa gas pada kordial)
  4. Jika menurut saranan pada label; 100ml Vimto + 500ml air. Power manis.

Apamacam? Sesiapa yang dah biasa ke Qasar Hadramawt, boleh cuba resepi aku ni untuk dicuba di rumah. Aku bagi gerenti rasa sama.

Masalah pada kordial Vimto ni, memang cepat habis lepas bancuh untuk dapatkan rasa pekat dan manis seperti di Qasar Hadramawt. Kalau nak save, memang rasa tak puas dengan Vimto nipis. Namun, ianya semua tertakluk kepada citarasa masing-masing. Manis-manis, cepat la naik kandungan glucose dalam badan nanti!

facebook comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge