Update dan Promote

Ni entry tolong kawan-kawan: (dan mengomel masalah)

V’sion akan ke udara di KL.fm 97.2MHz (erm, kl punya transmission la kot) pada

7 May 2009
8.30 Malam
KL.fm 97.2MHz

untuk satu sessi temuramah.

Jadi, kengkawan yang dapat frekuensi 97.2 KL.fm tu, dengar-dengarlah suara Ramo dan Omma Akiera (ex-guitarist Laksamana) untuk mempromosikan single baru diaorang.
Untuk maklumat tambahan, Ramo dah pernah bersiaran dengan Joe Burnmark untuk mempromosikan single Jasad Liar yang terbaru dulu (tahun ni jugak), tapi dibatalkan atas sebab yang tak pasti.

Baru bersembang dengan Bro Omma tadi dan bertanyakan tentang cara-cara nak mendapatkan single tu. Jawapnya, masih dalam proses untuk dibuat. Stok yang ada sekarang hanya untuk diedarkan kepada media.

Bila jadi macam ni, aku jugak yang rugi. Susah betul nak dapat benda-benda macam ni. CD Rosli Mohalim dan Man Keedal Rockestra pun aku belum jumpa (sebab Man Keedal DIY jual sendiri). Ruginya aku…

p/s: Hrm… nak terjah ke ex-guitarist Ababil yang namanya tak disebut dalam www.muzikrock.com? Hrm… berat ni, masih dalam perancangan..

Till then,
Rock On \m/ \m/

facebook comments:

3 thoughts on “Update dan Promote

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge