Typical Malaysian

Satu lagi sekolah ditutup hari ni.
Menjadikan 2 buah sekolah telah diarah tutup, dan beberapa sekolah lagi aku tak berapa faham statusnya.

Seperti biasa, pengumuman rasa-rasanya telah dibuat sejak kes Selsema Oink Oink ni mula diwar-warkan sejak kes pertama di Mexico dan US. Lepas tu, semua penerbangan yang balik dari negara tu, pun telah dikhabarkan dalam tv dan suratkhabar, termasuk di internet.

Tapi, macam biasalah, orang Malaysia ni semuanya banyak yang sihat dan kuat (minum Milo??). Dipersetankan semua amaran-amaran tu dan hidup seperti biasa. Sekarang, wabak ni menular bukan daripada luar, tapi dah menular di kalangan rakyat kita sendiri.

Kenapa kita selalu macam ni yerk? Benda yang sama berlaku dalam kes-kes saman dan sepertinya. Lagi lambat lagi bagus. Seronok beratur gamaknya. Tapi untuk kes selsema babi ni, ni salah satu daripada sebab-sebab rakyat malaysia tak tahu tentang merebaknya wabak ni (agak-agaknyalah…)

  • Suratkhabar ni racist!! Tak boleh baca!
  • Suratkhabar tu berat sebelah, jangan baca!!
  • Media ni pro kerajaan/pembangkang jangan tengok!!
  • Internet ni semuanya tipu, khabar angin, jangan percaya!!!

Hahahaha, boleh jadi ker?
Selamat berselsema babi beramai-ramai. (MC hospitalized bolehla claim…30 hari? 60 hari??)

facebook comments:

3 thoughts on “Typical Malaysian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge