TTS Geng Suzuki

Pada cuti panjang Tahun Baru Cina yang lalu, aku ke Kepong atas urusan keluarga. Jadi pada 22 januari 2012, buat pertama kalinya aku sempat join minum-minum dan melepak bersama geng-geng dari Suzuki Belang R Community yang selama ni hanya dapat berkomunikasi di forum dan facebook saja.

Group picture depan kedai

Baynyak orang-orang lama

TTS sebenarnya, aku pun tak plan. Nak dijadikan cerita aku post saja kat facebook, sapa-sapa geng KL yang free dan tengah melepak, aku join saja. Geng-geng rockapak takdak sapa yang reply, last-last G-Shock/Chin Peng aka Effy balas yang kalau aku tau jalan, singgah aja di Syed Bistro di Kelana Jaya. Apa lagi, peridup kereta, bukak Samsung G5 dan layan Papago ajalah jadi GPS. Kalau takda GPS tu, mau sampai esok pagi pun tak jumpa tempat tu.

G-Shock dan Ragers pertama kali dapat jumpa, brader lagi 2 orang aku lupa nick pulak

Are-are pun pertama kali jumpak, Nasri pulak, kali kedua

Dalam group ni, Alem dan Nasri aja la yang aku pernah jumpak pun sebelum TTS ni. Yang lain-lain pertama kali berpeluang untuk bersemuka. Nasri misalnya, kerja sekali walaupun berlainan negeri. Dia jugakla yang sambut aku di Kajang waktu RSSM dulu.

Semoga dapat bertemu lagi selepas ni, insya-Allah

facebook comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge