Tron Legacy (2010)




Siapa yang taktau pasai TRON memang bukan kaki komputer tegar. Filem ni sebenarnya dah diulang tayang banyak kali terutamanya di TV2 sejak tahun 80’an. Dan sekiranya ia ditayangkan sekarang, biasanya akan ditayangkan apabila mood RTM di TV2 dalam keadaan nak menayangkan filem-filem klasik.

Amaran, mengandungi spoiler!




Review:

Aku telah berpeluang menonton sekuel kepada TRON iaitu TRON LEGACY, setelah hampir 28 tahun TRON asal ditayangkan. Sebenarnya, filem ini telah ditunggu-tunggu oleh ramai peminat TRON asal, semestinya untuk melihat perkembangan dalam teknologi yang digunakan untuk merealisasikan keadaan sebenar dalam dunia TRON.

Untuk mereka yang belum tahu, TRON ialah sebuah perisian komputer atau lebih tepat lagi, adalah sebuah perisian perlindungan yang telah dicipta oleh Alan Bradley pada asalnya. Lebih menyerabutkan plot cerita, perisian-perisian arcade game yang popular pada masa itu ialah hasil ciplak share-partner Flynn dalam EMCOM Group iaitu Ed Dilinger. Dalam proses untuk memecah masuk dan ‘mencuri’ semula program code perisian-perisian tersebut untuk membuktikan bahawa itu adalah idea asalnya, Flynn telah terperangkap masuk dalam dunia  MCP dan terpaksa berhadapan dengan Master Control Program (MCP). Apa macam? Geek habis tak untuk memahami plot cerita asal? Pening beb! (TRON dianggap sebagai sebuah filem yang mendahului zaman, macam Star Wars)

Okeh, pepandailah korang cari balik cerita asal tu untuk dibuat rujukan. Dan jangan banyak komplen kerana TRON dibuat pada 1982 dan zaman tu, personal computer baru nak bertapak. Senang cerita, ia adalah zaman Floppy Disk dan aku rasa korang pun taktau Floppy Disk tu hapadia, yang tau pun disket dan CD-Rom saja…

Tron Legacy bermula dengan plot flashback antara Flynn bercerita bedtime stories kepada anaknya, Sam. Bedtime story yang bukan calang-calang iaitu cerita pasal TRON. Yang aku sure, kalau cerita kat bebudak sekarang pun diaorang paham.  Flynn dilaporkan hilang secara tiba-tiba dan membuatkam Emcom kehilangan seorang pengasas yang berkaliber.

Setelah Sam besar, umurnya pulak 27 tahun (sama macam aku). Dia pun merupakan seorang hacker hebat seperti ayahnya, Flynn. Dia merasa adalah haknya untuk menerajui semula Emcom yang telah dibuat seperti ‘bapak mereka yang punya’ oleh ahli-ahli lembaga pengarah Emcom. Dan nak dijadikan cerita, Sam juga adalah seorang biker (macam aku jugak) cuma bezanya, aku tak ada duit nak pakai Ducati. Kalau kata hensem, mungkin aku dan Sam sama hensem. Alan Bradley adalah sahabat Flynn yang sentiasa memantau perkembangan Emcom dan melaporkan kepada Sam sepanjang kehilangan Flynn. Dan Alan adalah orang yang bertanggungjawab mencipta perisian TRON, iaitu penyelamat Flynn ketika terperangkap dalam dunia MCP dulu. (hahahahah konpom pening!!!!!)

Jadi, Sam telah terperangkap ke dunia MCP ketika dalam pencarian untuk mencari jawapan tentang kehilangan ayahnya.Dan paling aku tak boleh terima, apabila dalam dunia tron yang begitu canggih dan furistik tu, diaorang boleh dinner babi golek. Wakakakkaka… Mana datang babi tu pun aku taktau la…

Apa-apa pun, nampaknya akan ada sambungan daripada sekuel ni, sebab pada endingya, bapak Sam iaitu hero asal TRON dimatikan, dan TRON (perisian) yang telah di’corrupt’kan oleh Clu (klon Flynn dalam MCP) telah bertukar daripada jahat kepada baik dalam scene kejar mengejar di babak-babak akhir filem.

Pastikan minda anda sihat dan faham TRON tu apa sebelum anda tengok TRON Legacy. Kalau tak, anda akan jadi banyak bertanya macam penonton kat kiri dan kanan aku yang asyik hairan kenapa scene ni jadi macam tu, kenapa muka Clu sama dengan Flynn, kenapa itu dan kenapa begini. Pening wa cakap lu!

Kesimpulan dan Rating:

Aku mengharapkan scene fighting dan racing banyak, tapi itu hanya di dalam trailer. Agak mengecewakan kerana expectation aku untuk filem ni amat tinggi. Efek semua dah cun, cuma stroryline agak mengecewakan. Maka,  aku cuma bagi 2 dari 5 bintang saja.

Trivia:

Ducati Sport Classic digunakan di dalam TRON Legacy (2010)

Outfit TRON Legacy untuk bikers boleh diperolehi dengan harga USD995.00 di UD Replica. Cool eh? Aku baru jer berangan, dah ada betul-betul rupanya! Hahahahhaha.

facebook comments:

2 thoughts on “Tron Legacy (2010)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge