Trip Memancing Perairan Pulau Pinang


Buat pertama kalinya dalam hidup aku, aku berpeluang untuk memancing di sekitar perairan negeri tumpah darahku sendiri; Pulau Pinang. Dengan terujanya, izinkan aku bercerita…

Selepas Solat Subuh, aku pick-up Halim seperti biasa, terus ke Medan Selera Seagate (kami sarapan dulu di Medan Suri, Sungai Nibong). Untuk makluman, trip kali ini, kami ikut Pak Mail (pemilik Ismail Ikan Bakar di Medan Selera Seagate tu). Dengan kos RM60.00 satu kepala, kami mula bertolak ke perairan antara Jelutong dan Penang Port. Yang bestnya Pak Mail ni, ilmu tak kedekut dan umpan udang hidup disediakan sekali.

Punyalah malang nasib aku hari ni sebab pertama kali aku terlupa bawak Tackle Box aku. Dah la semua mata kail aku ada dalam tu… Apa lagi, buat muka tak malu la mengemis mata kail kat orang… Nasib baik batu ladung aku bawa satu bekas. Hahahhaah…

Kami start memancing bottom dia area boya (aku taktau ler korang panggil apa menatang ni) di depan Penang Port. Lepas tu main bot hanyut, terasa gak penangan kerapu kecik menyambar umpan. Aku jer dari awal sampai abis pakai rod. Yang lain semua pakai koyan (dalam bahasa orang putihnya, Hand Line). Feel memancing kena ada beb!!! Hehehehe, tapi serius, pakai koyan lagi senang rasa ikan…. Next trip, memang aku bawak koyan jerlah!!!! Gambar bawah ni sedikit info ringkas area kami pusing bot tu.

anggap jer ni peta terrorist untuk memburu kerapu dan jenahak

Pak Mail offer kalau-kalau kami nak jual ikan tu… Tapi biasalah, hasil pertama…. Bawak balik semua!!!!!
Gambar-Gambar kat bawah ni…. yang sempat ambik la… Lain-lain tu tak sempat ambil sebab hari ni memang Fish Frenzy abes…. All Out ikan menyambar! Puas hati!!!!!

semua pakai koyan, tak aci la wei….

Pak Mail ni pulak (gambar bawah ni), jenis tekong yang peramah dan bila dia tengok kami tak dapat ikan, dia akan ubah port… Hasilnya, aku ngan Halim dapat la dalam 28 ekor Kerapu Lenga, dan beberapa ekor ikan tanda.

amacam view, ok tak?

Memang berbaloi betul hari ni dan seterusnya menamatkan badi kumpau setelah 3 minggu kumpau berturut-turut.

ikan pun dah pandai possing

Sesiapa yang berminat untuk ikut Pak Mail, boleh dapatkan phone number dia dari aku. lepas tu, layan jerlah… hehehhehhe

One thought on “Trip Memancing Perairan Pulau Pinang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge