TM Streamyx – Satu Lagi Inovasi?

Sebelum ni, TM dikritik hebat kerana kondisi Streamyx yang tidak berapa stabil.

Tapi ingat… Itu adalah dulu.

Khabarnya, (aku pun tak pernah test sebenarnya), terdapat Streamyx versi Wi-Fi (aku pun tak reti sangat pasal ni) telahpun dilancarkan tak lama dahulu. Sekarang, terima kasih kepada facebook, info-info macam ni bertambah pantas aku dapat.

Khabar terbaru yang aku dapat, TM sedang dalam proses ujian akhir dengan satu projek dengan teknologi bernama EVDO. Aku pun tak pasti pasal hal ni, mungkin khabar angin atau hoax. Tapi aku letak sajalah sebagai satu info.

Setelah aku merujuk web AnyDATA, EVDO (atau dikenali sebagai EV-DO, 1xEvDO dan 1xEV-DO) ialah satu standard untuk high-speed wireless broadband. EVDO ialah singkatan kepada “Evolution, Data Only” atau “Evolution, Data Optimized”. Nama rasminya seperti yang telah didefinasikan oleh ITU ialah “CDMA2000, High Rate packet Data Air Interface“.

Wah teknikal pulak kan walaupun dah dengar nama?

Oraitlah, aku taknak ulas panjang-panjang sebab aku tak sure sangat benda ni. Dengar ceritanya teknologi ni boleh penetrate dengan lebih baik dan semestinya tiada gangguan pada waktu hujan kerana menggunakan frekuensi 450MHz.

Bila surf-dan surf lagi, google la, apa lagi la… Macam-macam lagi yang aku jumpak. Cerita TM dengan EVDO ialah, menunggu kelulusan MCMC saja untuk dilancarkan kepada pengguna. Apa lagi…….. POTONG WiMAX la~ Dah ada teknologi lain…. Kuikuikui….

P/S: Credits given to owner of this testing unit. TQ bro. Kepada TM, taknak bagi kat aku sebijik ker untuk aku evaluate? Hehehehe.

————————————————
1 Hari 1 Entry Blog Marathon
entry #22/30
————————————————

facebook comments:

9 thoughts on “TM Streamyx – Satu Lagi Inovasi?

  1. Aku test aritu speed 1mb dapat dlm 600kb..walanei..very good for wireless ma.. tapi ni 3G pya modem..P1 nak arem tu dah nak masuk 4G..hehe..

  2. jangan keluar benda baru jer..harga melambung sudah la..dulu2 puas dah bergaduh dlm tepon dgn talian 100 tu..nasib sekarang line streamyx dah ada kemajuan skit..

  3. Sape2 nak tau psl evdo bleh pegi ke web sy (soory alu edit.. hahaha) ataupun
    ke forum ni..(aku edit jugak, lain kali masuk bagi lah salam… Jangan pk poket sendiri saja)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge