The Pilgrims – Music From The 100% Original The Pilgrims Motion Picture (Live) (1998)

Album pertama dalam hidup aku dalam mengenali Punk Rock. The Pilgrims aku mula-mula kenal dalam tahun 1997, masa diaorang tengah top dengan album Da’ Capo. Tapi aku tak beli, aku amik album ni. Masa ni, Bob ialah VOX-nya.

Masa form 2, aku haram taktau apa tu gig dan macam mana nak membezakannya dengan concert. Pada aku waktu tu, benda tu semua sama aja. Untuk album keluaran Pony Canyon ni, rakaman dibuat di Fire Discotheque – jangan tanya aku kat mana tempat tu.

Seingat aku, inilah album yang aku rewind berpuluh-puluh kali sampai nak tercabut tali tape semata-mata nak mengenali Punk Rock tu menatang apa! Kalau tak silap aku, harga tape masa ni dalam lingkungan RM15-19. Jadi, bayangkanla aku simpan duit makan sekolah macam mana, time balik kampung, singgah jetty dan sambar atas Parkson Emporium (stesen bas yang terbakar di Butterworth dulu).

Dalam album ni, ada 2-3 lagu yang membuatkan aku melekat terus dengan The Pilgrims. Tunggu review aku untuk album The Pilgrims seterusnya. Untuk sesiapa yang tak mengenali band ni, untuk next review aku cerita sikit.

Remarks:
1st live album yang pernah ada.

facebook comments:

10 thoughts on “The Pilgrims – Music From The 100% Original The Pilgrims Motion Picture (Live) (1998)

  1. fire discotechque dah tak de dah..sekarang jadi kelab apa ntah. album ni aku tak sempat beli. dah tak jumpa kat kedai dah.,konsider rare..haha kalau the pilgrims aku cuma simpan kaset 1st album ngan achtung this not metal band jer.

  2. The Pilgrims zaman Bob jadi vox muzik dah makin "cantek". Kombat pun dah pakai gitar "cabang-cabang".

    Away from the number, Da Capo, The Wise Fisherman ngan album ni aku ada simpan. Perfum Garden tak sempat beli. Selepas The Wise Fisherman dah tak follow.

    Band Acid Rain pun ada nak buat stail2 Pilgrims ni. "Boria version Punnk Rock"..hahaha

  3. Oo.. Pilgrims.. Dulu Hijrah. Tapi zaman diorg demotape aku tak sempat la nak beli demotape diorg. 1st album masa Lee nyanyi best sbb Punk diorg masa tu RAW sikit.. baru la punk. Zaman Bob aku dah tak follow sangat. Dengar2 gitu je la.

  4. gua start dengar sejak Lee jadik vocal, debut diorang Perfume Garden tu, yg paling biol ialah 'My Own Mind'.

    Da Capo merupakan 'Black Album' bagi Pilgrims, fame and glory bergentayangan di depan mata, Bob cukup kelakar, gua suka baca inlay setiap album, ada saja lawak diorang… sekarang pun gua selalu layan blog dia di…

    http://maladroited.blogspot.com/

    Kombat dgn surf band dia pun gerek jugak.

  5. aku layan dorang dari zaman Hijrah dgn demo tape the pilgrimage…yg ada lagu sue sue kemuning tu sehingga la Perfume Garden (ni aku ada simpan cdnya..nanti bila2 rajin aku review…)..tp lepas tu aku dah tak follow dah..

  6. Aku start beli The Pilgrims sejak Da Capo sampailah Wise Fisherman. (jgn tanya mana kaset tu, rasanya kebanyakan dilarikan pencuri yang masuk rumah) Yang tinggal hanyalah CD Kombat-Kalabu Malami.

  7. Aku pun sama, gengaq gitu gitu sj. Tapi aku da beli gak albm depa, yg hindustan 2 ngan sua sue good morning!!! Album yg sama kalu x cilap.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge