The Pilgrims – Achtung! This Is Not A Metal Band (2000)

Personally, cover ni adalah antara cover terbaik pernah aku tengok pada sesebuah album. Pada masa ni, KOMBAT tengah menggila dengan projek surf-nya iaitu Kalabu Malami, band Kugiran D’ Tepi Pantai dan Les Sekinchan. Album di kala aku sedang bergelut dengan peperiksaan SPM di tahun 2000. Antara tracklistnya ialah:

  • Real World
  • Sweet Revenge
  • “…Next Stop… Station 10… Cyberjaya”
  • Mortal Eyes
  • Anarchar In U-Kar? (dah macam Anarchy In UK Sex Pistol da..)
  • Jurisprudence
  • Season Of Fall
  • The Stimulative Re-Productive Rock Show
  • Street Party
  • Tumpas Di Air
  • Spawn Of Sin
  • The March On Ampang River
  • Cracked Pack

Kenapa aku kata terbaik? Tengokla inlaynya. Sememangnya artistik habis. Pada inlay tu, tertulis line-up The Pilgrims ialah:

  1. Laksamana Indrajit Bob Mahadewa – Penjaga Puteri Tujuh Beradik
  2. Paduka Seri Kombat Jayapura – Penakluk Tujuh Gunung Zabarjad
  3. Pendita Hashim Al Nazgal – Shahbandar Tujuh Gerbang laut Negara
  4. Panglima Razlan Hitungbumi – Si Pandai Keris Tujuh Lok Anggun Di Raja

Boleh tergeliat lidah aku nak menyebut kesemuanya.

In my personal review….. Album ni adalah pemula kepada rasa tak best aku kepada The Pilgrims termasuk The Wise Fisherman/The Wiser Fisherman (kaset aku hilang). Sedikit kecewa apabila lagu-lagu di dalamnya tak boleh masuk kepala aku dengan cover yang sebegitu gah dan begitu makan budak.

Aku taktau motif tajuk Achtung! This Is Not A Metal Band. Yeah, that’s right. Dalam lingkungan tahun 1998-2002, banyak band-band underground dan alternative lain muncul. Dan tak dinafikan, banyak budak-budak time tu keliru dengan genre. Berkemungkinan besar, tajuk album ini adalah satu sindiran pedas lepada budak-budak ni yang terbiasa dengan lagu Churaliya.. Deko Abto (Da Capo’) yang sedikit metal bunyinya. Ni pendapat gua yang sendiri bagi tanpa sogokan sesiapa pun.

Kalau tak silap aku, Tumpas Di Air membawa konsep surf yang KOMBAT tengah gila buat time tu. Betul-betul aku frust sebab bila ada elemen-elemen macam ni, keseronokan aku mendengar Raw Punk tiada. (sorry, malas nak rewind kaset dengar balik).

Pada satu section, tertulis….

This is not a Dangdut band. This is not a Rock Melayu band. This is not a Mainstream band. This is not a Grunge band. This is not a Surf band. This is not a Rap band. This is not a Nasyid band. This is not a Hardcore band. This is not a Jazz Band. This is not a Pop band. This is not a Crusty band. This is not a R&B band. This is not a World Music band. – We’re Just A band Who Wanna Play Our Own Music! – terlalu cliche sebab pada masa tu, Butterfingers pun announce depa punya Buttersound. Well, pada masa tu, hampir semua band baru mengaku muzik sendiri! Apa da…. (kalau meletup takpe lah).

Well, I want the old sound of The Pilgrims back. Period.

————————————————
1 Hari 1 Entry Blog Marathon
entry #1/30
————————————————

facebook comments:

14 thoughts on “The Pilgrims – Achtung! This Is Not A Metal Band (2000)

  1. ramai yg purchase album ini dgn harapan sound Da Capo masih tersisa, tapi hampa…

    ada satu lagu yg intro cerita Combat 'Vic Morrow' terselit… The March of Ampang River kot… lupa ah!

  2. album ni mmg ramai yang kecewa..cam eddie ckp ramai yang harapkan bunyi cam da' capo..tp dari segi muziknya, gaya permainan, arrangementnya ada "something". mcm Butterfingers gak album Malayneum, masa keluar dulu ramai yg harap sound cam Trancendence tp tak seperti yang disangka.

  3. @Abang Ben
    Kalau ada rilis cd (kalau saya jumpak la), confirm saya amik pasal memang lawa album ni.

    @Muhaimin.
    hang gila ka? sejuta pun tak juai wo, itu champion punya kaset.

    @eddie.
    Setuju, pasal cerita tu, tak pasti

    @matakucing
    betul, ada something sikit. something yang tak punk rock :p

  4. @berteromber
    hahaha pengakuan jujur. Tapi ada la sikit2 elemen2 Metal tu. Pepaham jelah bila Kombat + Hashim dok ada dalam tu.

  5. well, you maybe got it right man ..just wait for 2nd coming from the original line-up..they’ll be blast…pss : your killer bassist..hili

  6. dont worry guys.. album achtung tersebut di rakam sewaktu malaysia di landa serangan black metal dari pelbagai media haram jadah.. The Pilgrims waktu itu tersenarai dalam KDN, band black metal ke 3 selepas Koffin Kanser & Silkhannaz.. Ianya cuma sakastik gimik yg kami cuba buat.. di campur dgn demam metal 60an lg.. Tapi kami ttp dgn punk rawk cuma album ini di buat sewaktu darah kemetalan ada terlebih sket.. betul ckp speed rider.. but anyway who cares? we just a band who wanna play our own music, if u like it may the force be with you.. if you dont, we dont givva damn… Wait our new material.. ‘the monster sleep..!!’ TQ mr Speed Rider.. may the force be with you!!

  7. apa laaa… mcm kentut malu2 plak.. kalo mambang xpa gak..
    kalo nk apa2 info bole tnye tros kt fb..
    tis mon 5/4 pilgrimz & kugiranz ke australia sebulan..
    tour 3 tpt melbourne, sydney, adelaide..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge