The Legend Lives: Sweet Charity

Hihihihi… Akhirnya baju ni jugak yang aku pilih dari RIB Kuala Lumpur. Ia mendapat komen yang negatif daripada member kerja aku atas dasar “design tak cool” dan dari Mrs Speedrider pulak lagi best punya feedback – “dah tua tua dah dok pakai baju macam orang muda!”

 

Metal Shirt label tag
Free gift!

T-shirt Sweet Charity ini didatangkan dengan pemberian percuma Button Badge Sweet Charity yang mengikut tema T-Shirt. Aku tak pasti RIB buat baju ni atas event apa. Samada memang ada event Sweet Charity ataupun dibuat atas permintaan ramai pihak.

 

Terus terang, aku bukan peminat tegar Sweet Charity. Aku cuma suka 2-3 lagu saja dalam keseluruhan lagu-lagu yang pernah dibawa oleh band ni. Jadi, tak perlu tanya aku dengan lebih mendalam pasal band ni. Status otai rock ataupun “pioneer” muzik rock di Malaysia ni aku sendiri akui akan kewajarannya. Tanpa Sweet Charity, tiadalah Search, tiadalah Bloodshed, Wings dan lain-lain lagi.

 

Design depan
Design Belakang

Bila aku buat entry ni, baru aku perasan yang aku belum buat review untuk CD 40 Tahun Seakan Bermimpi daripada Sweet Charity. Jadi, kalau aku ada masa, aku akan buatlah. Nak kena ambil feel balik dengar cd tu dan buat entry, memandangkan aku tak pergi event tu, Zan yang tolong belikan T-Shirt dan CD tu untuk aku. Zan ni tokan sungguh!

Pada aku, walaupun design kali ni nampak seperti “tidak RIB”, tapi pada aku, elemen retro tu yang buat aku tertarik untuk sambar jugak sehelai baju ni. Memandangkan untuk t-shirt ni memakai tag label Metal Shirt, saiz yang aku pilih pun US Size lah, kalau tak melekat lagi size XXXL atau 3XL dalam gambar macam gambar baju S2W haritu. Hehehehe

facebook comments:

4 Replies to “The Legend Lives: Sweet Charity”

  1. cun…cantik design retro nye,kasi tunjuk satu lg design bro, nampak cam design band cromok le…

  2. i think you should give sweet charity songs a try. You will love them more.

    should begin with Ikrarku Pada Rozana

  3. […] 25th Anniversary Posted on August 3, 2012 by speedrider Baju ni sampai sama dengan baju Sweet Charity haritu, juga daripada Reign in Black. Ia juga mendapat reaksi negatif daripada Mrs Speedrider […]

  4. Deaf nak kasi contoh lagu SC pun terus lagu yang rare habis..huhuhu

    Gila berhantu Ikrarku Pada Rozanna tu…:-)
    zan recently posted..Rahsia Victoria (Akan datang)

Leave a Reply

CommentLuv badge

Follow

Get every new post delivered to your Inbox

Join other followers