The Gathering 2019

Lambat betul aku nak update! Inilah yang dikatakan malas. Jadi bila dah malas tu, tekalah apa yang ada dalam ni? Ya, gambar!!!!!

The Gathering 2019 telah dijadualkan pada 26 dan 27 Julai 2019 di Auditorium Wisma Bentley, Mutiara Damansara atau nak lebih senang, sebelah IKEA Mutiara Damansara. Acara tahunan ini adalah acara yang kedua dianjurkan oleh Legion Music dan di sokong oleh Vinyl Passion dan Sonic Rage.

Aku akan cerita apa benda yang ada pada 26 haribulan sahaja iaitu hari pertama. hari kedua aku tak pergi. Hari pertama ni, gig sebelah malam ada 3 band perform iaitu Black Fire, Necrotic Chaos dan Langsuir.

Acara ini berlangsung selama 2 hari berturut-turut dengan bayaran masuk RM70.00. Ya, 2 hari! Kalau tengok gambar di atas, antara freebies yang dapat adalah wrist band (tahun 2018 warna putih) dan 9 keping artwork card yang memaparkan artwork album kugiran-kugiran yang bernaung di bawah Legion Music.

Difahamkan kad ni habis awal kerana dia berdasarkan first come first serve basis dan kemudian untuk 2nd wave digantikan dengan postcard berimejkan artwork The Gathering 2019 (seperti gambar wall bunting di atas).

Yang ni pulak di ruang legar sebelum masuk concert hall. Ada local merchandiser yang sama-sama memeriahkan event. Memandangkan aku sampai awal, sempat la ambil gambar sebelum stuffs atas meja susut dibeli pengunjung. Aku cam kelibat JP Records, Musixhub, Rock At Large dan Goathlord Records. Yang lain-lain aku tak pasti samada atas tiket individu atau nama kedai. Aku rasa lebih baik local merchandiser gantung flag/banner kedai masing-masing. Self promotion namanya tu.

Boleh ranap juga wallet kalau duduk dekat sini lama-lama. Bahaya!

Ok, di sini pulak bahagian official merchandise dari organiser; Legion Music. Pada hari tersebut, 5 rilisan dikeluarkan iaitu:

ATHOTORGH “ Rotorhead

LANGSUIR “ Dirgha Belasungkawa

SAUTS ALASTOR “ Celestial Odium Diaboli

ATOMICDEATH “ Phantoms of The New Realm

APPÄRATUS “ Absürd19

Memandangkan sen tak cukup, aku cuma beli cd album Langsuir, Athotorgh dan lanyard rasmi event. Dan…. Lanyard tu entah bila la aku nak pakai. Pakat beliiii ja tak fikir.

Frust pulak aku tengok baju official event. Takda size. Gildan Ultra next time Legion Music. GILDAN ULTRA!!!!

First band yang membuka tirai adalah Black Fire.  Sound waktu ni memang padu dan best. Cuma lagu-lagu Black Fire ni aku tak la hafal sangat, jadi boleh dengar. Prop belakang memang memukau habis. Lebih baik dari The Gathering 2018. Cun!

Band kedua mengambil alih pentas adalah Necrotic Chaos. Ketika ini, sound mulai ada bunyi tenggelam timbul sehinggalah Dark E meminta soundman membetulkan level bunyi guitar monitor.

Persembahan bertenaga kemudian diakhiri dengan penampilan khas Adik NC. Page Necrotic Chaos juga telah memberikan satu post tribute istimewa untuk Adik. Kami semua mendoakan semoga Adik sentiasa sihat, insya-Allah.

Persembahan terakhir pada malam tersebut adalah dari Langsuir. Khairun MN selaku orang kuat Legion Music memberikan ucapan panjang. Terselit cerita tentang pengakhiran. Tak pasti adalah album Langsuir ini adalah yang terakhir ataupun The Gathering 2019 adalah yang terakhir. Siapa kata metalhead tak sentimental?

Crowd memenuhi ruang auditorium ketika Langsuir memulakan persembahan. Kena la dengan lirik Gentayangan Bajingan Malam – “Di situ ada makanan, sajian gentayangan bajingan malam”. (Cuma kali ni takda makanan dan minuman dijual di venue gig. Kemungkinan Bentley tak bagi kebenaran, jenuh lapar semua malam tu. Hahahahha)

Aku berubah-ubah tempat ketika Langsuir perform dan serius dah tak boleh fokus. Sebabnya satu, aku rasa sound bunyi tenggelam timbul. Geram punya pasal terus whatsapp Batara Guru kenapa bunyi jadi problem. Hahhahahahah!!! (eh baru perasan blog Krenmaut last update tahun 2017, lagi malas teruk dari aku. Hahahahahhaahah!!!)

Ok, ni sebab kedua tak boleh attend hari kedua tengok Central Disposal dan lain-lain band perform. Jangan cakap banyak, Ikut ja!

facebook comments:

Leave a Reply

CommentLuv badge

Follow

Get every new post delivered to your Inbox

Join other followers