The Expandables 2

Salah satu cara aku nak release stress, aku bawak wife layan cerita ni. Kami baru layan kat panggung lepas hari raya. Kami tengok di TGV adi Aeon Shopping Center Seberang Perai (Jusco), dapat pulak voucher dari KFC (Spiderman Combo). Sepatutnya off RM4.00, tapi katanya (petugas TGV) memandangkan tiket pada hari tu berharga RM7.00, TGV boleh bagi diskaun maksimum RM2.00 saja. Maka, kami berdua tengok di seat biasa (TGV ni takdak couple seat) dengan harga tiket 2 keping, RM10.00. Berbaloi. Apa-apapun, cerita ni tak sesuai untuk kanak-kanak disebabkan terlalu banyak adegan ganas.

 

Antara hero-hero tua (hahahaha) yang beraksi adalah:

Sylvester Stallone – Barney Ross
Jason Statham  – Lee Christmas
Jet Li  – Yin Yang
Dolph Lundgren – Gunner Jensen
Chuck Norris – Booker
Jean-Claude Van Damme – Villain
Bruce Willis – Church
Arnold Schwarzenegger – Trench
Terry Crews – Hale Caesar
Randy Couture – Toll Road
Liam Hemsworth – Bill The Kid
Scott Adkins – Hector
Nan Yu – Maggie [Blogserius]

Dream Team Heroes! – Imej Dari Wikipedia

Sebenarnya, aku tak tengok pun The Expandables (siri pertama). Tapi serius tak tengok pun takpa, sebab ini bukan sambungan. Cerita plot senang, tak payah fikir banyak-bayak. Tembak, bunuh, lawan dari awal sampai habis. Hero tua semua kembali, tak perlu argue, sebab aku suka semua. Kesilapan semasa movie pun rasa-rasa macam banyak, mungkin director tak bagi perhatian sebab filem dah sarat dengan meletup meletup meletup (filem budak jantan! biasalah.. hahahah). Contoh scene pelik: Waktu Barney (Stallone) nak take-off masa scene selamatkan hostage di awal filem, kat mana dia ambil Billy (Hemsworth) tu? Tiba-tiba aja dah ada dalam plane. Hahah tak logik…

Kemungkinan banyak scene kena potong di panggung sebab banyak adegan ganas dan gaduh. Jadi, nanti kena tengok balik la versi tak potong. Plot cerita macam cerita zaman 90-an punya filem aksi – Orang jahat nak curi plutoniom untuk jual dan memusnahkan dunia, hero pulak kena selamatkan keadaan. Simple.

Apa-apapun, aku puas tengok gambar ni sebab banyak aksi…… aku bagi 4/5 bintang untuk gambar ni sebab tak boring (asyik meletup dan gaduh). Mrs speedrider pulak boleh belasah tidur setengah cerita… Hahahahaha!!!

facebook comments:

One thought on “The Expandables 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge