The Ending Of Ali Setan

Ali Setan 2013

Aku rasa macam baru sangat aku menulis pasal Ali Setan Kembali. Alhamdulillah secara rasminya aku disahkan layak berijazah pada 23 Ogos 2013 dan secara rasminya adalah bekas pelajar Universiti Sains Malaysia pada 21 September 2013 sempena Konvokesyen Ke-48 USM.

Aku rasa dalam batch aku, boleh kata semua orang tak sangka aku dan Mat Sani yang boleh grad dulu. Mat Sani dengan masalah repeat paper nya yang tak lepas-lepas dan aku pulak hampir-hampir tak boleh berijazah disebabkan pointer yang tak berapa nak cun. Aku dan Mat Sani persetankan tu semua dan alhamdulillah, kami yang grad dulu, ON TIME! Waktu ni, dah tak peduli dah pointer apa bala tu semua, janji grad!

HANG KATA HANG TERA??!!

 

speedrider graduated

Sepanjang aku di USM, aku tak boleh nafikan sokongan kuat dari 2 orang paling rapat dengan aku iaitu isteri dan mak aku. Isteri sokong cara isteri dan mak sokong cara mak. Paling aku tak boleh lupa, waktu tu belum kahwin, mak aku perasan aku gabra dan susah hati dengan pointer exam; bangun tengah malam dan solat hajat untuk aku. Waktu tu aku terkelu, walaupun mak sebenarnya adalah mak saudara aku, tetapi mak dah banyak berkorban untuk aku dari kecik sampai aku berada di posisi sekarang.

Selalu aku cakap kat isteri, aku nak isteri setabah dan sekuat mak. Mak penuh dengan kasih sayang pada anak-anaknya termasuk aku, walaupun aku ni cuma anak saudaranya yang beliau bela dari kecik. Aku nak sifat kasih sayang mak tu tetap mengalir pada anak-anak aku nanti melalui isteri walaupun aku tiada nanti.

Terima kasih mak, terima kasih isteriku. (dan juga pensyarah-pensyarah dari Pusat Pengajian dan Pembelajaran Jarak Jauh USM)

 

facebook comments:

2 thoughts on “The Ending Of Ali Setan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge