Teringin Minum Teh!

Itu semua, ANA yang punya!!!!

Setelah berfikir dan berbincang. Satu sessi tinjauan awal untuk GRAND GATHERING 2010 diadakan. Ride survey mengejut. Dari Penang, cuma aku dan Fauzan saja yang dapat bergerak. Mungkin yang lain-lain sibuk ataupun mak tak bagi keluar rumah. Jadi, belasah sajalah, dua orang pun dua oranglah. Macam tak biasa pulak. Bertolak pada pukul 9.05 pagi bermula di tol Juru, dan kami berhenti rehat di Bukit Merah untuk sarapan pagi pada pukul 9.31. Bila dah makan, mengular kejap dalam 15 minit.

Epoi dan Lan datang menjemput kami di Tol Jelapang. Perbincangan singkat dilakukan dan tentatif baru bermula. Cadangan awal untuk survey tempat di Damai Laut, Lumut terpaksa dibatalkan atas sebab faktor masa dan jarak. Maka, tentatif terus berubah dengan Cameron dijadikan tujuan utama trip kali ni. Epoi dan Lan pantas mendaki Cameron melalui speed corner Simpang Pulai. Aku yang masih fobia dengan kejadian February 2010 hanya mampu ride dalam kelajuan 90-100km/h. Fauzan pulak kompom menguap bila ikut aku ride dengan keadaan makan angin macam tu. Sessi perbincangan awal di Bharat Plantation tentang gathering boleh dikatakan hampir termeterai. Hanya tarikh sebenar sahaja yang belum ditentukan sekarang.

Makan tengah hari, errr... kami ke Cameron memang nak makan KFC pun.. Jangan tanya kenapa...

Di KFC, lebih banyak perbincangan berunsurkan teknikal dijalankan. Tersangkut hampir sejam kerana hujan renyai-renyai di Cameron membuatkan kami semua hampir kejang menunggu. Lepas ujan dan sessi layan amoi di KFC Cameron. BOH Plantation pulak yang kami redah. Tapi malang selalu berbau. Ladang ni ditutup pada pukul 4.30 petang dan kami tiba pada pukul 5.00 petang. Setelah sumpah seranah dan jampi serapah semuanya habis terkeluar, baru kami perasan yang signboard di hadapan masuk ke ladang dah nyatakan dengan BESAR punya yang ladang tu tutup pukul 4.30 petang.

Indah Bumi Tuhan

Fauzan frust sebab tak dapat minum teh BOH. Aku pulak singgah beli barang2 sikit di gerai2 luar tu. Koyak RM30 beli teh dan Ubi Madu. Walaupun fauzan frust sebab tak dapat minum teh, aku pulak seronok sebab dapat satu moment yang best. Kenapalah aku tak bawak DSLR dan telephoto lens…….  Patut la Cameron panas sekarang .

Tentatif berubah lagi. Kami tak jadi balik terus. memandangkan hujan dan jalan basah, aku bawak lagi slow dari tadi sebab downhill. Aku bawak makan angin betul2. Epoi dah lesap ke mana, Fauzan yang boring setelah 10 KM follow aku dah mula blah terus… Lan yang 3/4 perjalanan downhill ikut aku, pun blah jugak. Aku? maintain macam siput. Epoi? Dia siap boleh berenti kencing tepi jalan lagi lepas tu siap buat apa lagi ntah… Masa aku sampai kat RV Point, diaorang dah 15 minit sampai. Biarlah aku lambat. Aku tak reti korner. Naik motor pun tak reti.

Jalan Downhill ni sebenarnya merupakan sebuah memori silam yang aku takkan dapat lupa. Ya, inilah jalan yang telah meragut nyawa sepupu yang sentiasa aku ingati, Allahyarham Afif Zulkifli. Utara Bikers. – Al-Fatihah. Aku rasa, kalau dia masih ada sekarang, tentu seronok Belang dan Honda CBR 1000RR buat Trans Malaysia 2 minggu. Ride adik beradik. Huhuuuuu…

Turun dari Cameron, tentatif berubah lagi mengikut throttle. Plan nak minum dekat2 Simpang Pulai, tetapi terus lajak ke Moto Wazi. Sapa tak kenal Wazi Abdul Hamid, memang patut rasa malu. Pertama kali aku melihat kedai motosikal bangsa Melayu yang besar dan lengkap, dari sekecik-kecik motor kapchai sehinggalah Super Motard. Moto Wazi dibuka 365 hari tanpa cuti (Epoi, Hari Raya bukak jugak ka?). Jadi, singgahlah kalau mahu.

Champion Punya~

Terdapat sebuah Belang dengan plet PJD milik Wazi yang hendak dijual. Sila berhubung dengan Moto Wazi untuk maklumat lanjut. Tapi bukanlah motor champion kat atas ni. Motor yang nak dijual tu, standard gaban lah… Tentang Moto Wazi, sebenarnya TTS kecil-kecilan yang disertai oleh Fauzan Shogun (setelah dating dengan marka) disusuli perbincangan serius bersama wakil daripada Moto Wazi untuk mengadakan satu event permotoran yang akan disediakan oleh pihak Moto Wazi. Event tersebut ialah Time-Attack.

Seperti gambar, Time-Attack akan menggunakan semua jentera milik Moto Wazi, dan akan lebih terdorong kepada ‘battle’ Group 1 vs Group 2. Pada Ahad 27 Jun 2010, satu sessi Time Attack telah diadakan di Kuala Kangsar, dan sekiranya anda betul-betul anak jantan. Anda boleh mencuba.

Semua peralatan, jentera dan Full PPE (Personal Protective Equipment) akan disediakan oleh pihak Moto Wazi dengan bayaran tertentu yang sedang dibincangkan lagi oleh pihak RWP Ipoh bersama pihak Moto Wazi. Dan, sekiranya penyertaan Grand Gathering adalah melebihi 50 peserta, dan yang berminat untuk bersama-sama join event Time-Attack, pihak Moto Wazi akan turun ke event Grand Gathering untuk sponsor servis percuma (yang ni, Epoi akan re-fine perbincangan lagi dengan Moto Wazi).

Macam Tokey kedai Pulak Gaya

Letih memang letih, tapi apabila dapat berbincang secara bersemuka, dan mengetahui semuanya dengan lebih jelas. Aku terasa puas. Insya-Allah, Grand Gathering (nama gempak, tapi taktau lagi macam mana) akan terus dirancang untuk dilaksanakan selepas Hari Raya Puasa. Cadangan awal pada bulan September 2010 berkemungkinan besar akan ditunda ke bulan Disember 2010 (cuti sekolah) kerana nak bagi can semua orang simpan duit siap-siap, dan memberi laluan kepada trip Thailand Oktober 2010 oleh Airwind. Kalau boleh, Pihak marshall merancang agar Gathering ini takkan clash dengan mana-mana event ride dalam forum. Perbincangan dengan organizer jugak telah menerima feedback yang bagus, cuma full payment untuk reservation tempat, makan dan event mesti diserahkan kepada penganjur, 30 hari sebelum event. jadi, jika Grand Gathering diadakan pada 14 Disember 2010 (contoh aja ni…), duit akan diserahkan kepada organizer pada 14 November 2010. Kutipan akan dijalankan pada HUJUNG BULAN 10, 2010. Jadi, sila siapkan duit anda untuk dibayar kepada organizer.

Aku Cinta Padamu Darling

Terima kasih kepada Epoi Cikgu dan Lan666 yang sanggup melayan kami seharian pada 26 Jun 2010 untuk Ride Minum Teh ni. Alamak!, aku tersilap gambar. Terima kasih semua untuk Ride Minum Teh ni. jangan bikin ‘panas’ kat Cameron……………..

4 Orang Pun Jadilah! Terima kasih RWP Ipoh!

facebook comments:

One thought on “Teringin Minum Teh!

  1. Pingback: Cameron. Lagi? | Speedrider Networks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge