Terima Kasih

Blog aku, seperti sesiapa yang dah biasa, tentu faham gaya dan isinya. Buat sesiapa yang masih baru, bolehla la tengok section About Me ataupun aku jelaskan balik:

Genre: Personal Blog
Isi: Hentam Sajalah Labu

Selalunya aku akan tulis apa saja yang melintas dalam kepala otak aku ni, tambahan lagi kalau ada bahan nak ditulis terutamanya gambar. Jadi, majority apa yang ada dalam blog aku, semuanya berkisar pasal makanan (sebab aku suka makan) dan sedikit ‘bahan selit’ tentang muzik rock atau yang seangkatan dengannya kerana ia berlandaskan minat.

Penggunaan domain pulak, saja gatal tangan nak pakai. Sebab tu www.speedrider.org dipilih. Jadi, kos nak pakai domain bolehla tahan. Plan aku lepas ni, nak pindahkan semua isi blog aku dalam sebuah dedicated server sekiranya mampu.

Atas sebab itulah aku gunakan Nuff Nang sebagai sumber part-time untuk membiayai next project aku ni. At least, dapat jugak sedikit income daripada iklan-iklan yang korang klik. Apa-apapun, aku rasa puas bila sesetengah tempat yang aku singgah atau review, mendapat respon daripada pembaca. Ada jugak yang telefon aku semata-mata untuk bertanya direction ke sesuatu tempat yang pernah aku singgah dan review. Dari segi ni, aku rasa aku puas dan at least dapat share sedikit pengalaman yang aku dah lalui walaupun tak banyak.

Daripada segi statistik, Alhamdulillah. Unique Visitors tetap maintain tiap-tiap hari walaupun kadang-kadang aku tak update sampai seminggu. Apalah salahnya setiap unique visitors Speedrider Networks untuk klik setiap jenis iklan yang ada kat site ni. At least, aku ada income untuk renew domain, hosting (future) dan kalau ada rezeki banyak dari part time income tu…. Duit tu aku boleh gunakan untuk travel jauh sikit dan buat review lagi banyak. Hahahahahaha….

Untuk sesiapa yang dah tolong klikkan iklan untuk aku, aku ucapkan terima kasih banyak-banyak sebab itulah sumber pendapatan ‘tepi’ aku dari blog ni. Kepada semua readers, terima kasih banyak-banyak atas semua sokongan, komen, kritikan dan lain-lainlah.

Terima kasih jugak kepada mereka yang telah mention nama Speedrider Networks kepada TM (berkaitan Everyone Connects) yang seterusnya memberikan iklan free kepada aku. Semoga dengan iklan ini, skop pembaca blog aku akan lebih meluas, dan sebetulnya….. Tanpa komen-komen korang semua, aku akan ‘kering idea’ nak tulis apa.

Akhir kata, TERIMA KASIH banyak-banyak kepada semua dan jangan lupa support aku dengan klik ad Nuff Nang aku banyak-banyak (sempat promote lagi tu.. hampeh btol).

————————————————
1 Hari 1 Entry Blog Marathon
entry #16/30
————————————————

facebook comments:

5 thoughts on “Terima Kasih

  1. Assalamualaikum..masuk dengan meaakmi safety helmet, dengan penuh langkah keselamatan.. dapat rasakan gegaran dalam ni.. ehhe.. salam lawat dari Nadh.. Nadh num 74 dalam group 3. .;) Mai tengok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge