Terima Kasih

Dah lama aku tak rasa best bila baca buku. Buku hard-cover dengan intisari yang penuh gambar tentang cara-cara nak sembahyang, mandi mayat, tayammum dan segala-galanya tentang Fardhu Ain dilengkapkan dalam satu buku yang amat menarik sekali; aku suka. Buku Fardhu Ain yang terakhir aku baca secara jujurnya ialah buku PAFA, pada Tingkatan 5, 10 tahun yang lepas.

Aku ingat lagi, hujung tahun lepas, aku dah terkeliru hukum air sembahyang batal atau tidak bila terkena tahi cicak. Macam biasa, aku SMS ustaz aku; Ustaz Shuhaimi (Penang Free School) untuk mensahihkan pertanyaan aku; sekali kena pelangkung dalam SMS balasan; “Aik Musyrif, Rujuk balik PAFA kamu 10 tahun lepas!

Adeh, kena aku se-das.

Demi masa, sesungguhnya aku memang dalam kerugian. Semoga buku ni dapat mengingatkan aku tentang perkara-perkara asas yang aku lupa.

Jam yang keberapa puluh untuk aku. Aku suka. Hehehehe… Jam ni mengiringi buku Indahnya Hidup Bersyariat tersebut. (Ustaz Ismail Kamus, Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid)

Terima kasih Nurul Izzah untuk hadiah-hadiah tersebut. (Ni hadiah ka, perli? Hehehehe)

facebook comments:

2 thoughts on “Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge