Tension? Moh Makan Ayam Budu!

Kuda tua aku terpaksa bekerja keras sejak Cik Belang tiada di sisi hampir 2 bulan! (erm, padahal sebelum ni takder pun Belang tu…). Hari ni problem lagi. Lepas habis exam, sebenarnya dah lama niat nak tukar rantai + sprocket set, tapi kekangan wang tu menyebabkan aku terkantoi dalam time nak tukar tu. Hari ni, akibat faktor usia, double-stand Cik Smash aku dah mula mereput dan hampir luruh. Total damage hampir RM50.00

Sebenarnya, nak bagi tips saja dalam tension-tension ni. Untuk penjagaan sprocket:

  1. Pastikan rantai sentiasa dalam keadaan berminyak dan ditegangkan apabila kendur.
  2. Gunakan sprocket hardened steel untuk long-term use. Macam aku, total perjalanan sehari hampir 80KM++, full throttle Isnin-Jumaat, dengan hardened steel sprocket ni, aku boleh pakai semaksimum 15-18 Bulan.
  3. Tapi hari ni malang punya pasal, aku tak pakai hardened steel sprocket, aku pakai cap ayam punya saja sebab takdak duit.
  4. Habis aku punya tips mudah. Periksalah rantai anda selalu (Aku pernah lenjan pakai rantai sampai rantai jatuh, macam naik basikal)

Okeh, sebenarnya dah lama aku nak cerita pasal Nasi Ayam Budu ni. Terletak di Bayan Baru, ia beroperasi pada waktu malam sahaja. Dengan menjadikan Sani Char Koey Teow berhadapan Pejabat Pos Bayan Baru Sebagai landmark, senang saja nak cari kedai ni.

Sebenarnya, tak patut pun dipanggil sebagai Nasi Ayam kerana bentuk dan warnanya adalah lari daripada norma kebiasaan Nasi Ayam. Cuma nasi putih, ayam goreng bawang, sup kosong dan killer menu dihidangkan.

Ayamnya dimasak secara deep-fried, kemudian ditabur dengan bawang besar goreng. Semata-mata ayam goreng kunyit saja. Tiada yang lebihnya.

Inilah killer ingredient Nasi Ayam ni. Budu!! Siapa kata takda Nasi Ayam Budu! Ni hah, aku dah tunjuk ni!!! Nasi Ayam Budu!!! Lagi tarak percaya ker?? Percayalahhhhhhhhhhhhhhhhh~


View Nasi Ayam Budu in a larger map

Aku rasa senang saja kot kalau nak datang sini. Di harap dengan map di atas tu, pepandailah nak cari kedai tu kat mana okey? Cari saja Sunshine Square atau Masjid Jamek Bayan Baru sebagai landmark utama. Nampak Sani Char Koey Teow tu, betul dah ler tu. Biasanya, aku akan datang makan Nasi Ayam ni kalau aku kerja lewat, ataupun bila aku teringin nak makan. Kenapa, tak percaya ka mamu Penang boleh makan budu??? Aku allergic tempoyak jer beb!!!

facebook comments:

12 thoughts on “Tension? Moh Makan Ayam Budu!

  1. bkt gedong masih lagi tahap food court sbb tu murah, klu tokong ular dah mcm tmpt berprestij sbb tu mahal kot… lg 2 tmpt aku rindu nak mkn2 (yg tadak kaitan dgn nasik kandaq) – seagate ngan medan suri sg nibong (sblh kuboq/surau)

  2. Medan suri pun aku suka sebab ada:

    Roti canai, roti bakar, mee goreng pitchay, daud mee jawa, nasi campur, nasi campur 60-an, ayag nyog, nasi goreng ayam sweet lemon, nasi claypot, satay pun adah ada sekarang siang-siang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge