Tanpa 23,000 Batang Rokok

Anggaran aja ni

Pejam celik, pejam celik. Dah dekat 2 tahun aku tinggalkan rokok. Kawan-kawan aku yang masih hisap tu, bila lagi nak berhenti?

Pada pendapat aku, segala benda anti-nikotin atau benda-benda lain macam ‘smoker heaven’ tu, tak guna jugak kalau tak ada keazaman yang kuat dalam diri sendiri. Tak guna kalau menipu diri sendiri; macam diet la. Kata diet, tapi ada hari-hari tertentu ada pulak hari cuti diet. Tak ke menipu diri sendiri namanya tu?

Shisha. Aku rasa mungkin aku dah dapat berhenti terus dah daripada menjadi pak arab ni. Stok flavor pun dah habis. Balang shisha dah boleh buat perhiasan di ruang tamu. Way to go Mus!

facebook comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge