Takwim 1433H dan Zakat – 2

Planner 2012 - Ada info zakat

Bersambung dari entry kelmarin, rasanya semua muslim tahu kepentingan zakat.

[quote]Ambillah sebahagian dari harta mereka menjadi sedekah (zakat) supaya dengannya engkau membersihkan diri mereka dari dosa harta (tidak berzakat) dan menyucikan jiwa mereka dari akhlak yang buruk (bakhil dan tidak bersyukur) – Surah At-Taubah: 103[/quote]

Hukum Orang Enggan Membayar Zakat

  • Murtad (terkeluar Islam) jika seseorang itu mengingkari tentang wajibnya hukum mengeluarkan zakat
  • Berdosa besar jika enggan membayar zakat tetapi masih tetap beriqtikad bahawa hukum zakat itu adalah wajib

Kadar Zakat

hanya 1/40 atau 2.5% daripada jumlah harta yang layak dizakat. (kecuali Zakat Ternakan dan Tanaman)

————————-

Untuk pengiraan zakat, dan untuk mengelakkan kekeliruan, boleh ke Pusat Urus Zakat untuk mendapatkan info. bawa slip gaji atau EA Form untuk memudahkan pengiraan. Sekurang-kurangnya ini adalah usaha aku untuk melengkapkan Rukun Islam. Jangan kita ingat Zakat Fitrah saja kena bayar tau….

facebook comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge