Takwim 1433H dan Zakat – 1

Muka depan takwim 1433H

Tahun ni pertama kali aku menerima takwim secara pos. Sebelum ni, aku sentiasa minta daripada senior-senior tempat kerja, tak pun kalau bernasib baik, aku ambil daripada masjid, hasil sumbangan syarikat-syarikat yang biasanya diedarkan secara percuma.

Contoh dalam dalam Takwim 1433H

Tahun 2011 adalah kali pertama aku menunaikan potongan zakat pendapatan secara tetap melalui potongan gaji. Ya aku faham, ada juga yang memilih untuk membayar zakat secara manual, iaitu dengan menghisab sendiri jumlah zakat dan mengagihkan sendiri zakat tersebut. Tapi, orang macam aku, aku memilih untuk membuat potongan zakat secara tetap, dan insya-Allah akan update setiap tahun. Lagi satu kelebihan potongan zakat secara potongan gaji ialah, pengiraan zakat akan memberi kelebihan dari segi potongan cukai pendapatan semasa mengisytihar borang BE LHDN nanti. Sekurang-kurangnya aku tahu duit zakat akan kembali kepada orang Islam yang memerlukan selain kepada masyarakat.

Aku share sikit info tentang zakat, semua ringkasan ini aku ambil yang disertakan dalam planner 2012 PUZ untuk rujukan:

Jenis Zakat Harta:

Zakat Pendapatan

Zakat Wang Simpanan

Zakat Perniagaan

Zakat Tanaman

Zakat KWSP / LTAT

Zakat Saham

Zakat Ternakan

Zakat Emas

Qadha Zakat

 

Syarat-Syarat Wajib Berzakat

 

  • Orang-orang Islam: Yang memiliki harta / wang, emas, perak, saham, ahli perniagaan, menternak binatang, bertani (padi) dan bekerja samada di jabatan kerajaan ataupun swasta
  • Merdeka: Orang Islam juga mestilah bebas sepenuhnya (bukan hamba)
  • Sempurna milik: Pemilikan ke atas harta tersebut mestilah sempurna (yakni tidak ada hutang dab bebas untuk menggunakannya)
  • Cukup Nisab: Harta itu mestilah cukup nisab iaitu bersamaan/melebihi 85 gram emas (mengikut harga emas semasa)
  • Cukup Haul: Harta yang dimiliki itu juga mesti cukup tempoh satu tahun hijrah kecuali pertanian dan pendapatan.

facebook comments:

One thought on “Takwim 1433H dan Zakat – 1

  1. Pingback: Takwim 1433H dan Zakat – 2 | Speedrider Networks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge