Taiping Bandar Warisan

Hehehehe, Dengar tajuk macam rancangan Mari Melawat Malaysia la pulak kan? Sebenarnya semalam, aku bawak orang tua aku ke Kamunting melawat kakak ayah aku yang tak berapa sihat… Sambil tu, apa lagi, jalan-jalan cari makan ler!!

Sebenarnya, orang tua aku asyik dengar orang dok cerita pasal Koey Teow Doli ni dah lama, cuma tak pernah makan. Seingat aku la, 26 tahun usia aku ni, dah beratus kali aku berulang ke Taiping, memang tak pernah makan pun kat Doli ni, hahahahah. Tapi takper, lupakan kejap semua tu, kita makan dulu…

Ayah aku order yang paling simple sekali untuk dirasa. 2 pinggan Koey Teow biasa dan satu Koey Teow Special. Dan sepanjang aku keluar makan dengan kedua-dua orang tua aku, memang diaorang ni ialah pengkritik jujur. Pernah dia cakap kat tokey kedai makan yang makanan kat kedai dia tu langsung tak sedap. Hahahaha, memang gila-gila sikit… Dan kadang-kadang, aku ngan dia pun saling tak sama pendapat bila cuba makanan yang baru. Ada yang aku kata sedap, dia kata tak sedap.. Dan selalunya memang ayah aku menang la, sebab dia memang tukang masak pun… Jadi, payahla aku nak lawan cakap, sebab point-point dia memang bagus.

Kesimpulannya, setelah 3 pendapat dari 3 kepala otak yang makan sekali pada waktu yang sama, rasa Koey Teow Goreng Doli ni…… BIASA saja.. Hahahahahah (marah orang Taiping kat aku). Fresh Orange dan Apple Juicenya… manis gula, bukan manis buah, jadi… slack sikit. Cuma tempat dia ok, dan serving dia pun ok. Pantas jugak walaupun orang dalam kedai tadi memang full house. Jujurnya, ada tempat lain yang Koey Teownya lebih sedap.

Bagi mengubati kekecewaan tak dapat rasa benda sedap, orang tua aku ajak cari Sotong Kangkung/Yong Tau Fu Taiping yang dah dekat 10 tahun dia tak makan. Jadi, apa lagi.. Food Court Padang Sarkas la jawabnya (nama yang sememangnya buat aku gelak tiap kali datang Taiping sejak dulu). Jenuh pilih Yong Tau Fu kat sini sebab semua kedai jual benda yang sama. Cuma duduk dan makan jerlah jawabnya. Aku ni bukanlah peminat Yong Tau Fu, tapi bila aku tengok licin dalam pinggan, maksudnya… OK la tu pada mulut orang tua aku. Yang ni aku tak nak komen sebab aku bukan hantu Yong Tau Fu (aka steamboat/cucuk-cucuk).

facebook comments:

4 thoughts on “Taiping Bandar Warisan

  1. Bila cerita pasai Yong Tau Fu teringat aku kat Medan selera tu ada 1 mamak pakistan ka bangla tak tau lah dia jual Roti Nan dengan Tandoori mak ooi punya la tak sedap dah tu sejuk tandoori dia pulak tu…kalau kat taiping ni rasa2 kalau p relax2 ok sangat kalau nak makan tu payah nak cari macam kat png kot…

  2. malam tu jam teruk la bang… Taiping la dah tak sama macam Taiping 10 tahun dulu. Makin sesak dengan orang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge