Green Day vs Blink-182 

Blink-182 telah mengeluarkan rilisan terbaru berjudul California manakala Green Day pula dengan Generation Radio. 

Kedua-dua ni adalah antara nama besar dalam genre Punk Rock (ye ke) mainstream. Terdapat banyak lagi band dalam genre atau sub-genre sebegini tapi 3 band yang aku sedikit ikut adalah Green Day, Blink-182 dan Sum 41.

Dua jenama dengan material baru masing-masing walaupun bukan serentak keluarannya.

Blink-182 nampak agak struggle dengan album ni. Entah kenapa aku tak dapat pin point di mana kekuatan sebenar di dalam album ni. 

Green Day pula tidak menghampakan dari segi sound. Untuk perbezaan, format LP antara Blink-182 dan Green Day adalah beratnya. Blink-182 menggunakan LP 180 gram dan Green Day menggunakan berat biasa iaitu sekitar 120 gram. Namun sound Green Day adalah lebih menyerlah. 

Rumusan pulak, dua-dua album ni sekali dengar tak ada lagu catchy untuk aku ulang dengar. Tak pasti samada faktor usia yang buat tak boleh nak layan atau sebaliknya. 

Rumusan ni senang dibuat sebab kedua-dua band memutuskan untuk meneruskan acuan muzik yang sama dan tak berubah seperti band-band besar yang lain; mengubah style supaya ada peminat generasi baru.

Rumusan ini mungkin hanya pada aku, pada orang lain tak pasti. Kalau boleh komen, suarakan supaya kita dapat memperoleh input yang baik. 



Ada Apa Dengan Beat Pop R&B?

Aku tak tahulah lepas aku post gambar ni kat Instagram semalam, berapa ramai yang gelakkan aku. Terus terang aku cakap, aku tak pernah layan secara serius genre beat/pop ni. Senang cakap, Malaysia/Singapura/Indonesia pada tahun 1960-1970 banyak band yang mempunyai influence ni disebabkan fenomena “The British Invasion“.

Continue reading