Green Day vs Blink-182 

Blink-182 telah mengeluarkan rilisan terbaru berjudul California manakala Green Day pula dengan Generation Radio. 

Kedua-dua ni adalah antara nama besar dalam genre Punk Rock (ye ke) mainstream. Terdapat banyak lagi band dalam genre atau sub-genre sebegini tapi 3 band yang aku sedikit ikut adalah Green Day, Blink-182 dan Sum 41.

Dua jenama dengan material baru masing-masing walaupun bukan serentak keluarannya.

Blink-182 nampak agak struggle dengan album ni. Entah kenapa aku tak dapat pin point di mana kekuatan sebenar di dalam album ni. 

Green Day pula tidak menghampakan dari segi sound. Untuk perbezaan, format LP antara Blink-182 dan Green Day adalah beratnya. Blink-182 menggunakan LP 180 gram dan Green Day menggunakan berat biasa iaitu sekitar 120 gram. Namun sound Green Day adalah lebih menyerlah. 

Rumusan pulak, dua-dua album ni sekali dengar tak ada lagu catchy untuk aku ulang dengar. Tak pasti samada faktor usia yang buat tak boleh nak layan atau sebaliknya. 

Rumusan ni senang dibuat sebab kedua-dua band memutuskan untuk meneruskan acuan muzik yang sama dan tak berubah seperti band-band besar yang lain; mengubah style supaya ada peminat generasi baru.

Rumusan ini mungkin hanya pada aku, pada orang lain tak pasti. Kalau boleh komen, suarakan supaya kita dapat memperoleh input yang baik. 

Metallica: Lords Of Summer

Kebanyakannya bila band-band “otai” ni masih belum pencen, biasanya aku sangat skeptikal bila mereka mula mengeluarkan rilisan terbaru samada dalam bentuk Single, EP mahupun album. Tapi rasanya kali ni Metallica punya rilisan boleh tahan. “Lords Of Summer” dipersembahkan pertama kalinya secara langsung di Bogota, Colombia pada 2014.

Ulrich recently told “Metal Zone” about the status of the band’s next record, “I’m pretty convinced that 90 percent of the record is actually written, it’s just gotta be kind of assembled between all those riffs. It’s just a matter of connecting this to this and sort of shaping it into a song.” – Blabbermouth

Kalau dah ada single ni, biasanya tunggu full album pulak la nak keluar. Harap-harap ok la sikit dari Death Magnetic dulu.

 

Metallica Lords Of Summer VinylWalaupun agak lewat (vinyl ini dikeluarkan sempena RSD Black Friday 2014), aku rasa aku patut ambik satu sebagai hadiah hari tua aku. Single ini menempatkan dua versi lagu “Lords Of Summer” di Side A vinyl iaitu versi First Pass (studio) dan Live version. Side B pula tak boleh main sebab ia adalah “etched” dengan logo M untuk Metallica. Cun la sekadar kosmetik. Kalau ikut info, rilisan ini berbentuk Limited Edition 4000 unit (tak la limited sangat, berlambak tu!) Tak kisahlah apa pun janji Metallica!

Wings – Menakluk Kosmos (2014)

Menakluk KosmosSetelah lebih kurang 12 tahun menunggu, akhirnya Wings melancarkan album yang telah ditunggu-tunggu buat sekian lamanya oleh semua peminat termasuk aku. Menakluk Kosmos dilancarkan pada 19 May 201. Sepatutnya kalau ikut perancangan awal, ada macam showcase waktu launching, tapi tak jadi. Kalau tak, mungkin aku ada sekali dan semangat sikit nak review album ni. Hahahaha (sebab dah terlepas beberapa siri konsert Wings).

 

Continue reading