T-Shirt: Hard Rock Hotel Singapore

Kali ni, sampai Notis Pemberitahuan Barang Pos yang memaklumkan tiada sesiapa di rumah sewaktu barang hendak diserahkan. Jadi, kena la aku ambil pakej ni di Pejabat Pos yang berdekatan, seperti yang tertulis dalam notis.

Akhirnya, barang yang aku tunggu dari JARD sampai juga. Aku terlepas moment dia di Hard Rock Cafe Bali, sekali dia offer samada aku nak tak barang dari Hard Rock Singapore.

 

Dengan SGD39.00 + 7% tax, sehelai baju dipilih oleh Jard untuk aku, Tapi bukan Hard Rock Cafe, Hard Rock Hotel. Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaard Rock Hotel.

 

Baju Hard Rock Hotel ni sama situasinya dengan Hard Rock Hotel, Penang. Ada dua corak yang kena pilih. Kebanyakan yang berlabel Hard Rock Hotel ni, design dia ala-ala perlancongan sikit. Contohnya macam baju “I Love Penang”, “Step In Langkawi”, “Historical Malacca” dan sebagainya manakala baju yang berlabel Hard Rock Cafe biasanya design ganas (sikit) dan rock sikit dari yang berlabel Hard Rock Hotel.

 

Hairan jugak dengan Hard Rock Hotel Singapore ni. Bajunya tiada label made in mana. vendor mana yang dapat kontrak print untuk Hard Rock Hotel Singapore ni?

Seronok kumpul baju-baju luar ni, dan seronok juga dengar Mrs. Speedrider berleter sebab habiskan duit kat baju.. Ha ha haaaaaa….. Terima kasih Jard sebab tolong beli.

facebook comments:

5 Replies to “T-Shirt: Hard Rock Hotel Singapore”

  1. hehehe. Aku nak kirim baju HRC Penang boleh?

    1. boleh. Ada whatsapp? Boleh aku tunjuk gambar on the spot

  2. siap ngan kotak bagai.. betul nye take care.

  3. perghhhhh t-shirt hebat tuuuuuuuuu
    mohd luthfi recently posted..Transit di Dubai

  4. […] dengan baju Hard Rock Hotel yang Jard belikan, baju ni clearly made in China sebab kat label dia ada tulis. Dan yang paling […]

Leave a Reply

CommentLuv badge

Follow

Get every new post delivered to your Inbox

Join other followers