T-Shirt: Hard Rock Cafe Vintage Tee Bangkok

Baju yang aku pesan dari Keri akhirnya sampai. Dia ada DM aku kat twitter yang dia nak ke Bangkok waktu Jard baru sampai kat Singapore; tanya samada aku nak atau tak baju HRC Bangkok? Dan jawapan aku, semestinyalah ya! Dalam banyak-banyak yang dia update, tak ada pulak gambar kat HRC, cuma aku suka gambar dia kat Terminal 21 ni sebab aku nampak nasi beryani dan pulut mangga. Hehehehe

Ok, aku malas nak letak gambar satu-satu, jadi kalau nak tengok penerangan gambar tu, klik aja thumbnail kat bawah, aku dah masukkan sikit info ringkas tentang gambar tu.

Berbeza dengan baju Hard Rock Hotel yang Jard belikan, baju ni clearly made in China sebab kat label dia ada tulis. Dan yang paling best, design yang aku pilih ni seolah-olah aku yang pilih sendiri dekat hard Rock Cafe Bangkok. Kenapa? Sebab Keri chat Whatsapp dengan aku pada waktu Real-Time. Aku dah bagi deskripsi baju macam mana yang aku nak; dan sampai aja dia kat sana, dia terus snap gambar design-design baju yang ada sampailah aku berkenan dengan baju yang mana satu.

Sayang sekali, ada satu baju dengan headstock bass guitar dengan warna bendera Thailand tak ada saiz aku (perlu diet, wajib rasanya). Jadi pilihan aku yang kedua inilah yang Keri tolong belikan dengan harga ฿1,300 atau THB1,300 (1300 Baht) bersamaan RM130.00 termasuk cukai (VAT Included – Value Added Tax).

Aku dah cakap kat Keri, balance yang ada tu ambik aja. Sekali dia dah pakai duit pos RM6.00 (duit minyak keta), duit makan, sekali dia return RM6 sebagai duit raya Muhammad Qayyum. Terima kasih banyak-banyak Keri.

Jadi, Idea Whatsapp Keri untuk Real-Time conversation between two countries memang murah dan berbaloi!

facebook comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge