Suzuki Smash V115 – Pandu Uji

Masih ingatkah dengan entry Model Baru Suzuki Untuk Tahun 2010 yang telah diarahkan untuk dikeluarkan gambarnya dan juga Suzuki Smash Titan 115? Untuk makluman kepada yang masih belum mengetahuinya, Suzuki Assemblers Malaysia telah melancarkan Suzuki Smash V115 pada 25 Oktober 2010 yang yang lalu. Dan sekarang, model-model tersebut terlibat dalam kempen roadshow pandu uji dan tempahan (untuk yang berminat membeli) di seluruh negara dengan jadual berikut.

Sila klik untuk paparan yang lebih jelas

Ia datang dengan servis percuma untuk pemilik Suzuki sedia ada

Aku adalah di antara beberapa penerima jemputan daripada Suzuki Assemblers untuk menunggang uji Suzuki Smash V115 ini. Walaupun menerima jemputan agak lewat, semua ni tak menghalang aku untuk mencuba generasi Suzuki Smash yang ke-5 ini (selepas Suzuki Smash 110, Suzuki Smash Full Accessories, Smash Pro 110, Smash Revo 110)

Kaunter Pendaftaran

Motosikal Yang Disediakan Untuk Test Ride

Varian Warna Yang Berbeza

Pada pendapat aku, sessi test ride untuk pengguna kali ni mendapat sambutan yang agak hangat. Ini adalah kerana Suzuki telah meyakinkan bahawa motosikal ini adalah yang terjimat dalam kelasnya iaitu 1 liter fuel consumption untuk 50km dengan kelajuan malar 100km/j. Satu kenyataan yang agak menarik dan berani daripada Suzuki.

The Most Daring Claim So Far

Dari segi penampilan, dah nama pun Smash, nampak hampir-hampir seakan Smash Revo. Masih dalam keluarga yang sama. Dari sini, komen yang aku buat cumalah tempat duduk untuk pembonceng (pillion) agak keras dan mungkin akan ‘menyeksakan’ pembonceng tersebut. Dari segi kapasiti tangki petrol sebesar 4.3 liter dan ruang bagasinya, satu pujian harus diberikan kepada Suzuki. Bolehla isi baju hujan atau baju spare dalam tu nanti tanpa perlu bergantung terlampau banyak kepada bakul/raga di hadapan.

Suzuki Smash V 115 - Front

uzuki Smash V 115 - Front Side

Suzuki Smash V 115 - Rront Right

Suzuki Smash V 115 - Front Left

Suzuki Smash V 115 - Rear Right

Suzuki Smash V 115 - Rear Left

Suzuki Smash V 115 - Luggage Space

Dan semestinya, penyerap hentakan belakang (absorber la…) sudah pasti akan diperhatikan oleh pemilik-pemilik Belang R 150. Suzuki Smash V115 menggunakan penyerap hentakan KYB, sekurang-kurangnya lebih dipercayai daripada absorber tak ada brand seperi yang dipasang pada Suzuki Belang R 150.

Sah! Menggunakan KYB Absorbers

Untuk sessi pandu uji, ia bergantung kepada faktor-faktor siapa yang bawak, cara tunggangan dan jalan mana yang dipilih. Aku tengok pakcik-pakcik yang datang test ride, banyak amik jalan dekat-dekat. Memandangkan masa aku suntuk, aku terpaksa membuat pilihan yang paling cepat dalam masa yang paling singkat. Jadi, daripada aku test ride bawak motor ni dalam Bandar Bukit Mertajam, jalan apa lagi yang popular di Penang?

BM-Penanti-Permatang Pauh-Seberang Jaya

Laluan perjalanan meliputi jarak lebih kurang 26-29 KM pergi dan balik bermula daripada Point A. Daripada Bandar BM menuju ke pekan Penanti agak menyeksakan dengan keadaan jalan yang sesak dengan kereta dan lori tanah, sementelahan pula waktu test ride adalah pada masa lepas waktu pejabat. Di sini, brek hadapan dan belakang berfungsi dengan cemerlang. Walaupun aku dah terbiasa dengan brek cakera hadapan Belang R 150 yang lebih cekap dan efisien, brek Smash V115 adalah efisien untuk kelasnya, jadi tiada complaint dari aku untuk kes brek, cemerlang! (untuk makluman, aku menggunakan model Smash V115 yang pakai sport rim)

Menggunakan Rim Excel

Dengan tayar standard, Smash V115 berfungsi cemerlang untuk simpang-simpang corner lanjut biasa contohnya seperti di “corner track” (heheheh) yang ada di kawasan loji Jalan Jelawat, Seberang Jaya. Di sini, gabungan sport rim dan absorber KYB memberikan satu respon yang baik ketika mengambil selekoh. Peningkatan yang agak ketara (sememangnya lebih baik) daripada Suzuki Smash 110 model pertama. Tiada ayunan melampau ketika mengambil selekoh, dan berat motor tidak terasa terlalu ringan seperti Smash versi lama dan Smash Revo.

Suzuki Smash V 115 - Speedometer

Satu kesilapan ketika aku memandu uji model Smash V115 ialah aku terlupa membawa GPS Device untuk mengukur ralat speedometer ketika memandu. Biasanya, aku akan buat pengiraan 0-50km/j. 51-100km/j dan >100km/j. Jadi, anggaran aku mungkin tidak beberapa tepat ketika menunggang Smash V115. Pada anggaran kasar, 80km/j Smash V115 adalah bersamaan dengan 100km/j di speedometer Smash 110. Ini adalah anggaran mengikut perasaan sahaja yerk.

Orang suka tanya berapa top speed motosikal setiap kali bila model baru keluar. Dengan berat badan aku seberat 102kg ketika menunggang, aku mampu mencapai 110km/j dalam jarak lebih kurang 500 Meter dengan rintangan angin. Oooo, korang kata aku beruang sarkis naik basikal yerk? Takpa-takpa…

Kita lihat balik majoriti lelaki Malaysia yang berkeluarga berat badannya berapa? Jika anda perasan anda kurus dan berbadan joki, bolehlah dibuat perbandingan baru tentang kuasa top speed yang dimiliki. Gear 1 hingga 3 tiada masalah dari segi pickup, cuma terasa sedikit ‘power drop’ bila lever dimasukkan ke gear 4. Masalah ni hanya aku kesan sekiranya aku force penukaran gear 1-4 dalam keadaan full rev dari gear 1. Sekiranya aku bawak biasa macam itik pulang petang, tiada masalah. Senang cerita, kalau cara bawak motor tu macam nak pergi market, no problem. Tapi kalau nak bawak macam dah masuk MotoGP, memang terasa sikit power drop pada gear ke-4. So, normal lah tu, yer tak?

Suzuki PAIR System

Ke mana ia bersambung

Suzuki PAIR (Pulsed secondary Air Injection) juga dipasang pada Smash V115 untuk memastikan pembakaran yang lebih sempurna dan tiada lebihan pembakaran berbahaya dilepaskan kembali ke udara. Daripada mitos yang menyarankan agar menutup system pair, telah disangkal oleh fakta-fakta yang menyatakan penutupan system PAIR tidak akan memberi sebarang kesan kepada kuasa motosikal. Sila Google untuk maklumat yang lebih lanjut tentang system PAIR dan bagaimana ia berfungsi.

 

Dari: http://forum.svrider.com/showthread.php?t=47846

[quote]How the PAIR System Works Starting on the 2003 model, Suzuki added the PAIR system to the SV650 to reduce emissions. 99-02 SV’s do not have it. Specifically the PAIR system was designed to reduce the amount of raw unburnt gasoline discharged into the atmosphere. These unburnt gasses, from motor vehicles and aircraft are one of the hydrocarbons that contribute to the greenhouse effect.The PAIR system works by injecting a small amount of air into the exhaust system to help keep the combustion process going. It therefore burns up more of the gasoline that was not previously burned in the combustion process inside the cylinder. It does this via a small air pump that pumps the air into a fitting on top of each valve cover.

It is a common modification on 03+ bikes to disable the PAIR system after an aftermarket exhaust has been installed. The reason the PAIR is disabled is because of a popping noise that will result. This popping noise is caused by 2 forces…

(1) The aftermaket exhaust does not have the baffles like a stock system so much more noise is able to simply pass through the exhaust system.

(2) After modifying the exhaust (and/or the air filter or snorkle) the bike will run lean. Running lean will cause an increased popping or backfiring. Using the correct fuel mixture for your bike’s configuration will greatly reduce popping or backfiring.

Disabling the PAIR system will not increase performance since all of its effects are on post-combustion gasses. Disabling it will however increase the amount of hydrocarbons that YOU allow to enter the atmosphere.[/quote]

Jadi, ini adalah salah satu teknologi yang telah diperkenalkan Suzuki bermula daripada keluarga Suzuki yang lebih besar (superbike la) dan telah mula dipraktikkan kepada moped seperti Smash Revo, Belang R 150 dan Smash V115.

Eh, Apa Tu???

Baju Bersulam Smash V115 as goodies!!!!

Yeargh!!! Sessi test ride diserikan dengan pemberian cenderamata daripada Suzuki, T-Shirt bersulam Suzuki Smash V115. Setelah memberikan komen-komen aku pada form yang disediakan, dapatlah cenderamata ni sebagai kenang-kenangan. Heheheh…

Tapi aku masih tak dapat lupakan sessi interview daripada personnel Suzuki Corporation (Japan) sendiri sewaktu Smash 110cc dilancarkan. Sessi tu lebih telus dan berterus terang kerana orang Jepun ni serius belaka apabila dulu aku kutuk bentuk, warna dan false gear yang hampeh. Kalau ada lagi macam tu kan best! Hehehehe.

Buat masa promosi sekarang, sesiapa yang book motor Suzuki ni sewaktu test ride, akan dapat souvenir asing yang lain termasuk Jaket Team Suzuki, satu set Jersi AFF Suzuki Cup  dan Key-Chain kalau tak silap aku, bergantung pada stok.

Bila buat test ride kat kedai ni, paham-pahamlah promoter kedai ni pujuk aku suruh beli motor ni. Berapa bijik aku nak sumbat kat rumah aku kalau aku beli lagi motor? Kalau sponsor pun bagus juga. Hahahaha….

 

Suzuki Smash V115 Specification

 

Rumusan Test Ride Aku: (Sport Rim model)

RRP: RM4800.00++* untuk model sport rim, RM4600.00++* untuk model biasa

[quote]The price has not yet been finalised but Kobayashi indicated the basic model would be priced around RM4,368 per unit, RM4,597 for the SD variant with the SCD estimated at RM4,847.

At the press conference after the launch, Kobayashi said the bike came with a new engine design focusing on fuel consumption, better and smoother power delivery as well as low exhaust emission.

Suzuki claim the bike has a top speed of 97.8kph and can sprint a 200-metre distance in 13.29 seconds.

It also has a fuel consumption of 50.2km per litre as against 40.5km per litre achieved by other rivals.[/quote]

Sumber: http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/10/22/business/7275322&sec=business

Handling: 4/5
Braking: 5/5
Fuel Consumption: Cannot be tested, test ride distance is too short and limited. So, 50km/liter cant be proven by this test ride.
Power: 3/5
Pickup: 4/5
Top Speed: 3/5
Front Design: 4/5
Rear Design: 3/5
Overall Design: 4/5
X-Factor: 5/5
Overall Performance including price: 4.5/5

Funny Factor?: heheheheh

Hahahahaha~

facebook comments:

8 thoughts on “Suzuki Smash V115 – Pandu Uji

  1. weh,salute pd hang yg buat review…aku pon ada masa hang dok kat ctu…cuma masa tu aku pi test ride yg kaler putih….hehehehe!!!

  2. Alamak…tayar masih lagi FKR Omega pekak tu ka? Emm…buleh la. Smash Pro aku yang 5 tahun dulu pun pakai tayar ni…ingatkan depa update tayar sekali.

    Err, any comment kat rim Excel tu En. Speed?

  3. Pingback: Belang Full Fairing aka Belang Facelift « Speedrider Networks

  4. Dari apa yang saya rasa ketika memandu suzuki smash V115, kuasa pecutan agak lembab dan piston berbunyi agak kasar. Apakah masalah tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge