Surat Terbuka Untuk Isteriku

Sayang, maafkan abang. Jawapan abang atas kelewatan buat entry ni cuma satu, sibuk.

Jawapan yang sama itu rasanya dah berapa tahun sayang dengar. Sibuk, letih dan tak larat.

Maafkan abang, tak sempat nak buat entry perkahwinan kita. Maafkan abang sebab tak sempat edit video akad nikah kita, maafkan abang sebab terlebih makan dan sebagainya.

Perasan hensem

Maafkan abang kerana abang tak hensem. Kalau nak perasan hensem pun, cuma kat depan cermin dan selalu abang kata abang hensem kat sayang. Bukan selalu kan abang nak perasan hensem. Sekali-sekala saja kan? Tapi ramai jugak yang kata abang hensem kalau abang trim rambut macam Castello takpun macam Daron Malakian. Oh sorry, Daron Malakian tak botak, Shavo Odadjian yang botak (janggut dia tiru janggut abang). Pendek kata, abang takdak kelebihan daripada paras rupa apatah lagi rambut yang lebih sikit. Ini sajalah yang abang ada. Maafkan abang.

TQ Abang Malik Sudi Bawak Saya

Maafkan abang sebab abang takdak harta. Jauh sekali kemewahan yang melimpah ruah. Nasib baik Abang Malik sudi tumpangkan abang pi rumah waktu kenduri. Kalau Abang Malik atau Abang Fauzi ka, Abang Padin ka, Abang Not ka, takpun Abang Non tak tumpangkan abang pi kenduri, terpaksa abang naik Belang abang atau Cik Suzie tu tau. Jenuh jadi frontpage paper pulak nanti pengantin laki pi rumah pengantin pompuan naik moto aja, tak ka haru nanti?

Nasib baik Ustaz Jamal pun berpeluh dan lap dahi

Abang mintak maaf sebab masa akad nikah haritu, abang peluh macam baru sudah mandi. Tapi nasib baik Ustaz Jamal pun berpeluh sama naik ngan abang. Kami sama-sama lawan lap peluh kat dahi dan muka haritu wo.. Sorry tau, abang bukan sengaja nak berpeluh banyak-banyak. Dah ramai sangat penuh ruang rumah haritu, berpeluh la sebab berkuap.

28 may 2011, 3.05 petang menjadi satu detik penting apabila abang menyebut “Aku terima nikahnya Nurul Izzah binti Khalid dengan mas kahwinnya blablabla ringgit tangguh“.

Sah? –  Tanya Ustaz Jamal kat ami Dee

sah…

Sah? – Tanya Ustaz Jamal kat Haji Zainol

sah…

Alhamdulillahhhhhhhh….

Maka terpikullah satu tanggungjawab berat di atas bahu abang untuk mengemudi keluarga dan kehidupan kita selepas itu. Itu belum termasuk dengan soalan bertalu-talu daripada orang kampung kenapa abang sebut tangguh masa Ijab dan Kabul!

Sorry abang hitam...

Nasib baik lafaz akad nikah sekali saja! Kalau 2-3 kali mesti lagi haru-biru nak kena camdek ngan member-member abang. Sorry sebab terlupa bawak mas kahwin dalam bentuk tunai. Sekali hantaran dan mas kahwin rombongan abang bawak dalam bentuk cek. Sebab tu Ustaz Jamal kata, kena gantikan perkataan “tunai” dalam lafaz dengan “tangguh”. Kata Ustaz Jamal, perkataan tunai hanya akan digunakan apabila wang tunai atau bank draft berada di depan mata. Kalau cek, memang kena pakai tangguh, katanya. Jenuh abang nak explain benda ni kat orang kampung. Depa kata abang ikut style P. Ramlee. Mana ada, P. Ramlee masa akad nikah dia kata hutanggggg…

Abang jugak difahamkan oleh Abang Ya, yang kat Kedah pun sama. Ustaz yang muda-muda banyak yang dah notice benda ni, kalau cek semua pakai lafaz tangguh. Tok kadi yang berumur saja yang masih pakai tunai walaupun mas kahwin dalam bentuk cek. Wallahualam, ustaz-ustaz lebih arif dalam hal-hal ni kerana ini bidang kuasa dan pengetahuan mereka, apa-apapun Ustaz Jamal kata jangan risau, akad nikah tetap sah dan berkuatkuasa serta mertaaaaaaa, bukannya nak kena tunggu cek tu ditunaikan kat bank baru dia sahhhh, jenuh la kalau macam tu….. Haru woo…..

Alamak, sorry sayang, abang tak sempat edit video akad nikah tu, kalau tak mesti semua orang boleh tengok akad nikah paling rare dalam sejarah, direkodkan pulak tu! Abang rasa nak bagi video tu kat Pejabat Agama lah, boleh buat arkib rujukan!

Jangan la menyorok kat belakang abang, kamera tak nampak nanti

Sayang, harini genap sebulan sayang sah menjadi permaisuri di hati abang. Semoga kita sentiasa dirahmati Allah dalam kehiduopan kita, dipermudahkan segala urusan, dimurahkan rezeki, dan insya-Allah semoga kita mendapat penyeri rumahtangga yang comel dan soleh. Terima kasih kerana memahami abang walaupun abang yang rock, kasar dan tak hensem ni sentiasa melukakan hatimu sayang. Payah wo nak tulih entry macam ni, abang tak reti nak jiwang-jiwang ni.

P/S:

1. Tahun depan insya-Allah ada tour Wings, nak ikut abang tak?

2. Konvoi motor nak ikut tak? Kalau larat duduk sejam dua atas motor la. Kalau tak larat, tolong bungkus bekal nasik dah la.

 

Picture credited to: Lipanz

facebook comments:

13 thoughts on “Surat Terbuka Untuk Isteriku

  1. thanks abg…kita cuba bt yg terbaik….abg adalah yg terbaik bg nurul..nurul syukur atas pemberianNYA..nurul sayang abang selamanya…

  2. Pingback: 7 Ramadhan 1432H | Speedrider Networks

  3. Pingback: Ketam Juru Yang Diburu | Speedrider Networks

  4. Pingback: Warkah Cinta Untuk Isteriku | Speedrider Networks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge