Sudah Sampai Sini

22,222 KM and running

Bila Cik Elle melepasi 20,000 KM. Macam-macam yang aku fikir terutamanya setelah menerima cekikan padu maut daripada Eon Servis di pangkal leher aku dari segi harga servis. Ya, pada aku harga servis RM100++ untuk labour charge sememangnya tak patut langsung untuk tukar minyak hitam dan minyak brek. Kalau kedai luar, labour charge tak sampai RM50.00 pun!

Keta baru, servis selain service center, VOID warranty

Pengguna Proton asyik dimomokkan dengan ayat “kalau servis kat luar akan void warranty”. Benda ni sangat-sangat menjengkelkan untuk aku sebagai pengguna. Seperti yang kita semua maklum, hal ni tak dapat diselesaikan pun oleh pihak-pihak berwajib. Hak pengguna contohnya, masih lemah dari segi akta dan penguatkuasaan. Dah berapa puluh tahun Majlis Peguam yang dulu khabarnya sama-sama memperjuangkan isu hak pengguna ni, nampak gayanya lebih berminat dengan hal-hal berkaitan dengan politik (yang aku nampak la).

Owh lupa, “bad experience” aku di Eon Service Taman Inderawasih tu adalah sebab mekanik diaorang cilok kad Touch And Go aku. Ya betul, semua barang kena keluarkan dari kereta sebelum servis… Tapi agak-agak la kan sampai kad Touch And Go aku yang selit dalam Smart Tag tu pun nak cilok kan? Hampeh, dah bayar labour charge mahal-mahal, benda tu pun nak cilok. Hadap sangat dengan kad tu, ambik la dah nak sangat!

 

 

facebook comments:

4 Replies to “Sudah Sampai Sini”

  1. thanks for the movie! 🙂
    Ijau D. Koceng recently posted..Ada Sesuatu Dari NoobAxe Guitars (Part 8)

    1. movie apa wehhhhhhhhh?

  2. tajuk entri ni macam biasa di lihat….heheh
    Berteromber recently posted..Radio dan Classic Rock 103.3 FM

    1. ha’ah kebetulan! 🙂

      Tapi waktu aku tulis, lebih terngiang-ngiang lirik XPDC tak silap aku.. “Sudah Sampai Sini… Sudah Sampai Sini…”

      Tak ingat lagu apa.

Leave a Reply

CommentLuv badge

Follow

Get every new post delivered to your Inbox

Join other followers