Sudah Cukup Haul

Sudah Pusing Satu Round

Akhirnya pada harini 1 September 2010, motor yang telah banyak berjasa pada aku telah selamat pusing odometer 1 round tanpa gagal. Tak sangka pula harini yang nak cukup, tak sempat nak ambik video macam mana nilai 99999km berpusing menjadi 00000 dan seterusnya menjadi 00001.

Tukar Minyak - Ranap RM26.00

Masa nak balik tu, aku yang pada mulanya nak ‘drag’ sikit tarikh tukar minyak, terus ubah fikiran dan fikir, apa salahnya kalau bagi spa-spa dan urutan kuku sikit pada bini kesayangan yang dah banyak berjasa pada aku ni.  Motor yang dibeli pada 2005 kalau tak silap, dah berkhidmat pada aku dalam tempoh aku bekerja dengan 3 syarikat yang berlainan. Berbaloi!

Kaler Asal

Smash Design Siam

Kaler Sekarang

Inilah motor aku mencari rezeki sejak dulu. Duit yang aku pinjam kat mama untuk beli motor ni selepas aku tolak RG Sports dulu masih ada dalam ASB (keh keh keh……., liat btol aku nak bayar). Takpa mama, nanti Mus bayar… Keh keh keh…..

Paling aku suka masa pakai Smash Pro coverset dengan 100% design Smash Junior Thailand. Sekarang, aku dah malas nak make-up motor. Senang cerita, dah ‘tak in’ dengan diri aku. Umur dah meningkat, buat lebih-lebih cuma akan jadi teguran daripada adik-beradik lain saja. Dan kalau nak lagi teruk, bakal menjadi umpatan budak-budak baru nak naik dalam scene motor. Jadi pada aku, sudah-sudahlah.. Zaman aku dah berlalu. Sekarang zaman aku untuk membina masa depan pulak. Ilmu akhirat pun masih kurang, banyak lagi yang nak buat.

Givi Ke Fieldsheer - Ranap RM72.00!

Bersempena motor dah cukup haul, aku pun merasakan baju hujan aku dah wajib untuk ditukar. Bila hujan asyik bocor saja. Itulah penangan memakan Rainsuit Givi tiruan. Memang cap ayam sungguh! Rainsuit Fieldsheer baru bernilai RM72.00; ranap!

Golek Golek Golekkkkkkkk~

Lepas balik, sempena motor aku dah cukup haul, aku pun beli lah ayam golek ni dengan harga yang boleh dikatakan logik untuk dibeli; RM17.00 untuk seekor dan RM9.00 untuk sebelah. Aku amik sebelah saja. Entah macam mana la tiba-tiba kakak-kakak Pattani ni ada jual ayam golek kat Bazaar Ramadhan kampung aku tahun ni. Sebelum ni takdak pun.

Aik, beli baju hujan ngan ayam golek? Apa kena mengena dengan motor cukup haul? Ni nak celebrate motor ka, nak celebrate tuan motor???

facebook comments:

6 thoughts on “Sudah Cukup Haul

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge