Star Wars: The Force Awakens (2015)


Setelah berhempas pulas berperang komen di Facebook group Official Star Wars Malaysia Fan Club tentang teori-teori Star Wars: The Force Awaken, akhirnya aku beli jugak tiket dalam masa terdekat daripada tayangan perdana pada 17 Disember 2015. Lewat hampir 18 jam daripada tayangan awal. Sebabnya, aku kerja Jumaat tu, malas nak berjaga malam Khamis malam Jumaat.

Aku bukanlah peminat tegar Star Wars. Tetapi boleh dikatakan aku telah menonton kesemua saga filem ni bermula dengan siri asal:

Star Wars (kemudian ditambah menjadi Episode IV: A New Hope sebab ada prequel) – 1977
Star Wars: The Empire Strikes Back (Episode V) – 1980
Star Wars: Return Of The Jedi (Episode VI) – 1983

Menjadi agak cacamerba dengan kemunculan prequel yang lebih kepada menceritakan asal usul Darth Vader yang bermula dengan:

Star Wars Episode I: The Phantom Menace (1999)
Star Wars Episode II: Attack Of The Clones (2002)
Star Wars Episode III: Revenge Of The Sith (2005)

Kemudian pada 2015, setelah 10 tahun Disney (pemilik baru franchise Star Wars) kembali dengan Episode VII: The Force Awakens yang lebih menceritakan apa yang telah terjadi setelah kematian Darth Vader. Nampak tak macam mana Disney boleh buat duit dengan sequel ni? Terus terang, aku tak ambil kisah dengan Star Wars Expanded Universe; yang menceritakan versi “lebih” daripada versi saga filem. Siap sampai anak Han Solo/Leia dan anak Luke Skywalker/Mara Jade Skywalker (ini versi EU)

Mara Jade Skywalker

Jadi apabila The Force Awakens keluar, berteriaklah “peminat tegar” Star Wars yang mengikuti versi EU kenapa jalan cerita filem yang diarah oleh J.J. Abrams selaku pengarah baru yang menggantikan George Lucas tidak mengikut kisah EU. Senang cerita, J.J. Abrams dicemuh seperti Michael Bay mengarah Transformers. Aku tak kisah pasal EU samada siri komik/animas/novel kerana aku cuma mengikut saga filem, jadi mai aku nak cerita pasal The Force Awakens saja, cukup.

 

Rebel Aliance – Melawan Imperial Fleet

The Resistance – Melawan The First Order

Plot bermula dengan menunjukkan juruterbang terbaik Resistance (tidak lagi dikenali sebagai Rebel Aliance seperti saga awal, diketuai oleh General Leia Organa selepas 30 tahun Perang Endor yang melawan angkatan The First Order) yang bernama Poe Dameron berjumpa dengan seorang tua yang bernama Lor San Tekka di Planet Jakku. Ya, aku blur pada mulanya sapa orang tua tu dan apa nama dia sebab aku tak ikut siri EU yang di luar filem. Tujuan dia berjumpa adalah untuk mencari serpihan peta untuk mencari Luke Skywalker.

Ya, filem ini memang filem mencari Luke Skywalker yang telah menghilangkan diri selama berpuluh tahun. Antagonis filem ini adalah Kylo Ren, yang kemudian mendarat di Planet Jakku, juga mencari peta yang sama. Aksi diteruskan dengan angkatan stormtroopers The First Order membunuh semua orang di perkampungan Jakku. Di sini dapat dilihat seorang stormtropper dengan kod FN-2187 menjadi keliru dan tidak mengikut arahan. Di dalam The Force Awaken, semua stormtroopers adalah manusia dan bukan lagi klon. Setelah berpaling tadah kepada The First Order, FN-2187 membantu Poe Dameron melarikan diri dengan Tie Fighter dan Poe memberikan nama Finn kepada FN-2187. Aksi Tie Fighter sangat menggamit nostalgia!

Finn yang tersadai di Planet Jakku kemudian bertemu dengan Rey, pencari barang lusuh yang menemui BB-8, sebuah droid generasi baru milik Poe Dameron yang berjaya meloloskan diri dari angkatan The First Order. Finn dan BB-8 membawa Rey ke kancah masalah apabila mereka bertiga diburu oleh semua orang yang menyeketui angkatan The First Order. Saat Rey berjaya menerbangkan Millenium Falcon yang tersadai di Jakku membuatkan penonton bersorak. Setelah berjaya melepaskan diri daripada dua buah Tie Fighter, mereka akhirnya bertemu dengan Han Solo dan Chewbacaa, sekali lagi penonton bersorak. Di sini, Han Solo seperti biasa diburu oleh banyak geng yang dia berhutang. Salah satu geng bernama Kanjiklub dibintangi oleh pelakon Indonesia, Iko Uwais (Razoo Quin-Fee) dan Yayan Ruhian (Tasu Leech) yang bercakap bahasa jawa yang aku memang tak faham. Menariknya, peminat Star Wars di Nusantara mengaitkan pemilihan dua pelakon Indonesia adalah berdasarkan Teras Kasi, seni pertahankan diri close-combat yang mirip dengan dunia persilatan yang digunakan oleh kalangan Jedi. Haaa now you know!

Aksi aksi demi aksi berlarutan tetapi belum lagi kelibat ikon Star Wars yang sebenar dilihat. Akhirnya, setelah berjumpa Maz Kanata, barulah kelibat hilt lightsaber kepunyaan Luke Skywalker kelihatan. Maz Kanata memberikannya kepada Rey tetapi beliau enggan dihantui beberapa bayangan silan (dan masa depan?) berkaitan dirinya. Akhirnya lightsaber tersebut diberikan kepada Finn setelah berlaku suasana kelam kabut apabila angkatan The First Order menyerang istana Maz Kanata di Takodana. Finn yang misi utamanya hanyalah untuk melarikan diri dari angkatan The First Order terperangkap antara sifat setiakawannya kepada Rey. Finn menggunakan lightsaber Luke Skywalker dalam pertarungannya dengan seorang stormtrooper yang menggunakan sebuah baton yang menimbulkan persoalan di kalangan peminat; kebal kepada lightsaber! Menariknya, dialog stormtrooper itu kepada Finn cuma satu: “TRAITOR!” – senangnya berlakon.. Hahahah.

 

Cukupla kot setakat tu aku tulis. Aku tulis panjang-panjang satgi dah jadi macam skrip filem la pulak!

Memandangkan filem ni ditunggu-tunggu, walaupun Kylo Ren muka jambu dan bukak topeng awal sangat dalam filem, walaupun Captain Phasma yang hype gila muncul tak lebih 5 minit dan Han Solo mati di tangan Kylo Ren dan entah kenapa Rey yang tak ada latihan khusus Jedi boleh terer lawan lightsaber dengan Kylo Ren dan walaupun sound system Chiah Mega Cineplex hampeh gila, aku bagi standing ovation untuk filem ni. Wey… X-Wing vs Tie Fighter scene ada balik, mana boleh kondem bab tu. Sorry spoiler banyak sangat kepada yang tak menonton lagi. Sengaja aku tulis bagi ada spoiler.

 

Rating: 9/10

facebook comments:

5 thoughts on “Star Wars: The Force Awakens (2015)

  1. Mungkin ni film setanding Empire Strikes Back
    Tapi puaka nye direktor gi bunuh karakter sekian2….
    macam nak tendang kerusi depan je part tu
    noòooooooooooooooooo!!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge