Spyshot: Warna Baru Suzuki Belang R 150 Tahun 2012

Two Tone Colour
Biru
Hijau
Merah

Suzuki Belang R 150 nampaknya semakin popular. Setelah mendapat perhatian Yoshimura, Leo Vince turut membuat 3 jenis ekzos untuk motosikal ini. Populariti ini dibantu dengan penghasilan beberapa aksesori daripada Racing Boy. Namun, Malaysia masih ketinggalan daripada negara jiran seperti Indonesia dan Thailand dari segi kemudahan untuk mendapat barangan ‘aftermarket’ seperti cam, piston, dan beberapa aksesori lain.

Sekali lagi, spyshot warna dan design decal baru Suzuki Belang R bakal berubah untuk tahun 2012. Dengar-dengar masalah tensioner telah diperbaiki? Apa-apa pun, kita tunggu 3 skim warna ini keluar dulu dan lihat apa perbezaannya; samada masalah-masalah lama telah ditambah-baik ataupun masih sama.

Cik Suzie

Aku pulak tak rasa teruja sangat memandangkan skim warna Cik Suzie dah sememangnya telah diubah kepada warna biru putih tahun lepas. Sekarang, tengah memikirkan skim warna baru untuk Cik Suzie. Ada sesiapa nak sponsor?

facebook comments:

One Reply to “Spyshot: Warna Baru Suzuki Belang R 150 Tahun 2012”

  1. […] R150. The new livery include nice shade of blue and white along with nice graphics. Head on to Speedrider for full images and story Related posts:CMS Sprint Test Gearbox for Yamaha 135LCHonda, Yamaha, […]

Leave a Reply

CommentLuv badge

Follow

Get every new post delivered to your Inbox

Join other followers