Spyshot: Honda Wave 125i Bakal Tembusi Pasaran Malaysia?

Honda Wave 125i 2012

Bukan selalu nak dapat peluang dapat bertembung dengan model-model motosikal atau kereta yang sedang diuji di atas jalan kan? Hari ni, memang rezeki aku datang bergolek. Bila dah dapat peluang, aku ambil gambar cukup-cukup.

Test rider malu-malu pulak nak bagi respons tentang prestasi motosikal ni, mungkin menjaga rahsia syarikat. Takpa aku paham. Tapi bila korang dah berhenti parking… Hahahha memang aku ambil gambar keliling la….

Honda Wave 125i 2012

Bahagian carburetor ditutup, tak dapat pastikan model injection atau carburetor

Honda Wave 125i 2012 – Ekzos baru

Honda Wave 125i 2012 – Panel meter baru

Jika di Thailand, model PGM-FI sudah pasti, tetapi untuk pasaran Malaysia masih belum pasti. Aku nak belek habis-habis tadi, segan pulak. Cukuplah setakat apa yang aku ambil kot? Apa yang pasti, ruang helmet untuk model motosikal ini memang muat untuk sebiji helmet full face.

Rajin betul honda keluarkan motosikal kapcai kan? Tiap-tiap tahun ada model baru.

facebook comments:

4 thoughts on “Spyshot: Honda Wave 125i Bakal Tembusi Pasaran Malaysia?

  1. Pingback: Spyshot: 2012 Honda Wave 125 in Malaysia- might be fuel injection!

  2. The meter panel photo seems to show a choke lever on the lower left hand corner. Can also be seen on the photo above it (new exhaust). May not be fuel injected.

  3. السلام عليكم ورحمة الله

    Tuan blogger yang budiman.

    Saya Mohamad Sofi Zahrawi bin Abdullah Zawawi, PIC Endurance Boon Siew Honda, amat berharap agar tuan menghubungi saya segera di mohamad_sofi_zahrawi@bswhonda.com.my

    Saya amat berharap jasa baik tuan agar tuan segera menghapuskan posting ini untuk kemudahan bahagian kami.

    Jasa baik tuan amatlah saya hargai.

    والسلام

    Mohamad Sofi Zahrawi bin Abdullah Zawawi
    Engineering Quality
    Boon Siew Honda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge