Sinar Asia

Hiroshi Aoyama menyertai pasukan Telefonica Movistar Honda pada 2004, setelah memenangi siri Kejuaraan Jepun (250cc) pada 2003 dan telah berada di Moto GP secara wild card untuk 4 musim sebelumnya.

Kejayaan sebagai pelumba wild card yang paling diingati ialah menduduki tempat ke-2 dan ke-5 di litar Suzuka dan Motegi pada tahun 2003. Tahun pertama sebagai pelumba sepenuh masa, menempatkan beliau di tempat ke-6 keseluruhan, dengan juara pada masa itu ialah Dani Pedrosa.

Bermula pada tahun 2006, beliau berlumba di bawah pasukan Red Bull KTM 250 dengan pencapaian terbaik berada di tangga ke-3 keseluruhan sebelum terlibat dengan nahas di Valencia… bla bla bla bla…..

Semua info di atas aku dapat dari motogp.com, laman rasmi Moto GP la, mana lagi.
Sepanjang aku mengikut season race moto ni dari zaman Grand Prix sampai lah ke Moto GP, walaupun on-off… Kemenangan Aoyama dalam kelas 250cc ni sedikit menarik minat aku. Jujurnya, aku tak tengok dah lain-lain atau amik tahu langsung kecuali race kelas atasan (MotoGP la). Kecuali pada zaman Shahrul Yuzy dok jadi wild card dulu.

Sebabnya?
Dia (Aoyama) adalah World Champion terakhir kelas 250cc dan beliau adalah rider dari Asia. Selepas ini, Moto 2 diperkenalkan untuk menggantikan kelas 250cc.

Kemenangan dia mengingatkan aku kepada lagenda Asia yang lain seperti Daijiro Kato, Shinyo Nakano, Tetsuya Harada, Norifumi Abe, Tadayuki Okada dan sorry to say la… Aku letak Shahrul Yuzy dalam list lagenda aku.

Aku masih menantikan rider-rider Malaysia sehebat Shahrul Yuzy yang boleh memberikan satu tentangan sengit seperti Team Petronas-TVK pernah buat dulu, sekaligus mencabar mat-mat saleh dan mat-mat Jepun ni.

Team Air-Asia?
Erk.. Sorry to say la… Pada aku, team ni tak komited dan terlampau komersial (ni pendapat peribadi aku)

Trivia:
1. Tong Veng Kit ialah Old Free, sama macam aku.
2. Sete Gibernau menggunakan nombor dan corak 74 yang sama seperti Daijiro Kato sebagai menghormati mendiang yang pernah bersepasukan dengannya.

3. Masa terpantas di Litar Batu 3 (kalau tak silap) dipegang oleh Syahrul Yuzy selama beberapa tahun sebelum dipecahkan oleh seorang rider Jepun dengan motor baru. <--- Ni perlukan sedikit material sokongan, aku dengar cerita lisan saja ni. Mungkin Orang Kecil Orang Besar boleh beri sedikit komen. Jika tak benar, fakta ke-3 ini bolehla dianggap auta.
Diperbetulkan: Litar Shah Alam, kelas 250cc Asia

————————————————
1 Hari 1 Entry Blog Marathon
entry #17/30
————————————————

facebook comments:

3 thoughts on “Sinar Asia

  1. Salam

    1. TVK dgn saya sama-sama main motor di Bt 3 Shah Alam. Cumanya mendiang serius dlm racing – saya hanya main-main.

    2. Saya ada list Record Achievement di Bt 3 (entah mana letaknya!) tapi rasanya tak adapun nama Sharul Yuzi.

    3. Wild card Air Asia ini mirip-mirip penyertaan Alex Yoong dlm F1 lalu. Sebenarnya "ada" yang lebih hebat tapi …….. We need a hero to show off only!

    Wsl

    OrangKecilOrangBesar

  2. salam.

    Terima kasih abang Lukman sebab sudi komen. Cerita Shahrul Yuzy tu saya dapat dari side-side ex-rider Bulldog Kuan sendiri. Nanti saya perhalusi sikit detailnya untuk maklumat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge