Sibuk Melampau

Sekarang ni aku dah ketinggalan banyak entry untuk aku publish dekat blog. Banyak gambar yang telah diambil, samada terperap di dalam folder laptop takpun dah terpadam.

Sambil-sambil tu, cuba jugak aku taknak matikan semangat menulis tu dengan menghasilkan beberapa projek blog lain dan semestinya, up status merapu di facebook.

Masalahnya sekarang, terlalu ramai orang yang serius di facebook dan semenjak aku join FB pada 2007, sejak akhir-akhir ni muncul pelbagai jenis manusia di facebook yang membuatkan aku bertambah sibuk membelek henpon daripada mengemaskini blog.

Rakan-rakan blog banyak yang dah padam. Erm… masuk aku dah tenggelam terus daripada berblog. Aku rasa mungkin diaorang lagi sibuk dari aku. Tapi takpa, aku cuba gagahkan diri untuk terus berblog.

By the way. Saja nak update. Mungkin sayu sikit. Abu Nasi Kandar tak tahulah apa nasibnya sebab aku nampak Restoran Bali-Bali ni dalam proses demolished. Sayang wooo, nasik sedap tu.

facebook comments:

2 thoughts on “Sibuk Melampau

  1. blog ni cam buku cerita, kalo takdeperal sampai bila2 pun ada kat tenet.

    ko nye review kari ikan tu hari tu…rasa lima tahun dari sekarang pun orang google, jumpa, masuk blog ko, then puji “nampak sedap la kari ikan kat foto ni”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge