Shoei J-Cruise Zulfahmi Limited Edition Soft Launching

Zulfahmi Shoe J-Cruise

Pada 18 Oktober 2013 yang lalu, Genuineclub Malaysia telah melakukan pra-pelancaran helmet edisi terhad Shoei J-Cruise Zulfahmi Khairuddin di booth RK-M bersempena dengan Malaysian Grand Prix 2013 bertempat di Litar Antarabangsa Sepang.

 


Zulfahmi Shoe J-Cruise 4Pra-pelancaran ini telah dilaksanakan sendiri oleh Pelumba Moto3 kebanggan kita, Zulfahmi Khairuddin di hadapan para peminatnya pada jam lebih kurang 4 petang, iaitu selepas sessi bertemu peminat di booth Air Asia bersama pelumba-pelumba Team Red Bull KTM Ajo.

 

Zulfahmi Shoe J-Cruise 3

Majlis ringkas ini turut disaksikan oleh Pengurus Pemasaran Genuineclub Malaysia, Kenn Khor dan disertai wakil daripada pihak Shoei iaitu Ichikawa-san dan Makito Ogawa-san.

 

Zulfahmi Shoe J-Cruise 2

Pra-pelancaran ini menyaksikan prototaip pertama helmet Shoei J-Cruise yang telah dicat oleh pihak Shoei berdasarkan lakaran Zaki Design untuk tatapan secara dekat oleh peminat-peminat Zulfahmi dan Shoei sendiri. Setakat artikel ini ditulis, hanya tinggal hampir 30 biji helmet yang belum ditempah dan ingatlah, hanya 280 biji helmet ini yang dibuat di dunia. Sekiranya anda masih berminat, boleh menghubungi individu di bawah untuk tempahan.

Kenn Khor – 012 – 420 3759
Nurul Hidayah – 019 – 440 7967
Ismail – 019 – 470 6431

 

Picture Credit: Lipanz
Video Credit: chaunpenang

facebook comments:

2 Replies to “Shoei J-Cruise Zulfahmi Limited Edition Soft Launching”

  1. […] Malaysia has released their most long-awaited teaser after Malaysian GP 2013. Shoei J-Cruise Zulfahmi LE by Zaki Design looks so tempting even only one of it displayed on the […]

Leave a Reply

CommentLuv badge

Follow

Get every new post delivered to your Inbox

Join other followers