Shoei J-Cruise Zulfahmi #63 Edition

 

Shoei Zaki Design

Gambar Dari Page Zaki Airbrush And Design

Aku rasa, kebanyakan peminat tegar MotoGP sudahpun mengetahui bahawa Shoei Japan akan mengeluarkan 280 unit terhad topi keledar jenis J-Cruise [maklumat model] dengan grafik istimewa; corak dari grafik asal full face Zulfahmi Khairuddin, pelumba kelas Moto 3 yang kita banggakan. Aku tertunggu-tunggu jugak blog entry dari Motomalaya, tetapi nampaknya tiada info darinya, maka aku tulis dululah. [update: nampaknya Eddy dah kemaskini]

 

Helmet ZulfahmiMenurut info dari Genuineclub, subsidiari Sinar Puncak Sdn. Bhd (pengedar sah Shoei di Malaysia), pihak Shoei Japan telah mendapatkan hak dari saudara Zaki ismail untuk menggunakan corak tersebut sebagai satu produksi terhad ke atas model Shoei J-Cruise. Daripada pemahaman aku, ianya bukanlah satu hak mutlak, tetapi hak berbayar ke atas rekabentuk tersebut, maka tahniah bagi Zaki Ismail. Rasanya inilah buat pertama kalinya dalam sejarah negara, corak daripada “airbrusher” tempatan digunapakai untuk helmet jenama antarabangsa.

Helmet akan diwarnakan/decal di kilang Shoei di Ibaraki, Jepun. Kalau rasa nak melawat, ini alamatnya: 1793-1,Haga,Inashiki-shi,Ibaraki.

 

Shoei Zulfahmi

Sehubungan dengan itu, rasanya tak salah aku turut berasa bangga dengan situasi ini dan dengan ini, aku ingin maklumkan bahawa jumlah helmet yang telah ditempah adalah lebih kurang 250/280. Sehingga artikel ini ditulis, rasanya mungkin hanya tinggal 30 biji sahaja lagi helmet untuk ditempah. Cepat, jangan menyesal!

Untuk tempahan yang 50 terakhir ini, Genuineclub akan memberikan keychain rasmi #63 sebagai hadiah percuma pembelian. Sekiranya berminat, sila hubungi wakil-wakil Genuineclub seperti berikut:

012 – 420 3759 / 016 – 4414 827 -Kenn Khor
019 – 470 6431 – Dato Mail
019 – 440 7967 – Nurul Hidayah Aka Si Comel RKM
013 – 518 5519 – KL Lee
017 – 452 4316 – Wan Dangdut
019 – 450 1257 – Firdaus Aka Aktan
019 – 596 8379 – Haiful Aka Epoy
012 – 530 6199 – Asrol
017 – 547 3991 – Naiem Aka Kecik

 

P/S: Kenn… Free gift RK-M satu. Free promo ni! Ha ha haaaaa

facebook comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge