Sete Gibernau #15 Honda Gresini Movistar 2005

SeteGibernauMaistoSete Gibernau adalah nama yang tak perlu diperkenalkan lagi kepada peminat-peminat sukan permotoran yang mengikuti perkembangan MotoGP dan Grand Prix. Nama penuhnya ialah Manuel Sete Gibernau Bulto, merupakan cucu kepada pengasas syarikat motorsikal Sepanyal; Bultaco,  Francisco Xavier “Paco” Bulto.

 

SeteGibernauMaisto2

Beliau telah memulakan karier perlumbaan di dalam Spanish 125cc Gilerra Cup pada tahun 1992 sebelum memasuki Spanish 250 Grand Prix. beberapa kali beliau menunggang untuk pasukan Kenny Roberts dan Pons Racing pada tahun 1993-1994 di European Grand Prix. Beliau memulakan karier penuhnya di dalam Grand prix pada tahun 1996 bersama pasukan Axo Honda Team. Berbaki 3 pusingan akhir, beliau diterima masuk ke pasukan Yamaha di bawah Wayne Rainey. Beliau memasuki kategori 500cc bersama pasukan Wayne Rainey pada tahun 1997 sebelum bersama pasukan Honda pada tahun 1998. Beliau juga berganding bahu bersama Alex Barros dan mendapat tempat kedua di dalam saingan Suzuka 8 Hours Endurance. Beliau kemudian menyertai pasukan Suzuki pada tahun 2001 dan muncul pertama kali sebagai juara bersama jentera Suzuki pada satu pusingan di Valencia Grand Prix.

Pada tahun 2003, beliau berpindah ke pasukan Honda Gresini dan pada tahun yang sama menyaksikan tragedy hitam menimpa rakan sepasukannya; Daijiro Kato. Valentino Rossi menyifatkan tahun 2003 sebagai tahun yang amat sukar buat dirinya dengan kehadiran Sete Gibernau; yang mengumpul mata kedua tertinggi tanpa menjadi juara keseluruhan (277 mata, selain Stoner 280 mata)

 

SeteGibernauMaisto3

Sete Gibernau dianggap antara seteru utama Valentino Rossi pada era 2003-2005 sebelum beliau berpindah ke pasukan Ducati pada 2006 dan seterusnya mengumumkan persaraannya selepas diganti oleh Casey Stoner pada tahun 2007. Valentino Rossi pernah mengumumkan bahawa Sete Gibernau adalah pesaing yang tersukar selepas Casey Stoner.

facebook comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge