Sesekali Jadi Pemberita

Kalau nasib ada baik, boleh masuk paper ini artikel

11 September 2010 – OFMA (Old Frees Muslim Association) telah menganjurkan Malam Mesra Aidilfitri OFMA yang telah bertempat di Rumah Puspanita Pulau Pinang, atau lebih diingati oleh para bekas-bekas pelajar sebagai rumah pengetua Penang Free School.

Acara yang berlangsung pada malam Hari Raya Ke-2 disambut meriah oleh kira-kira 250 tetamu yang rata-ratanya membawa keluarga bersama-sama bagi memeriahkan Malam Mesra Aidilfitri OFMA. Antara tetamu kehormat yang hadir memeriahkan majlis ialah Presiden Old Frees Association KL/Selangor; Dato’ Kamil Khalid Ariff, Naib Presiden OFA KL/Selangor; Dato’ Kamil Noor Arif, Pengerusi Board Of Governors Penang Free School; Dato’ Abdul Rafique Karim, Wakil Yayasan Penang Free School; Dr. Mohd. Ghouse Mohd Noor, YDP PIBG PFS; Encik Boopalan dan Pengetua Penang Free School sendiri; Tuan Haji Ramli Bin Din.

Majlis yang diadakan setiap tahun ini juga telah mengumpul ramai ahli-ahli OFMA dan bukan ahli untuk bersama-sama memeriahkan majlis yang mengungkit nostalgia zaman persekolahan. Pada malam bersejarah ini, bekas-bekas guru turut diundang dan berkongsi pengalaman masing-masing bersama bekas-bekas pelajar Penang Free School. Bekas-bekas guru PFS seperti Yang Berbahagia Ustaz Syed Mahyuddin Bin Syed Akil, Master Ibrahim Nordin, Cikgu Ahmad Ramli, Mr. Johnny Ooi dan Cikgu Yusof Baharom adalah mereka yang sudi hadir pada malam bersejarah tersebut.

Menurut Yang Di-Pertua OFMA, Syed Azhar Bin Syed Azizuddin (merangkap Setiausaha OFA KL/Selangor). Majlis Makan Malam OFMA ini telah mencapai matlamatnya iaitu untuk mengumpulkan seramai mungkin bekas-bekas pelajar Penang Free School yang beragama Islam. Dengan sambutan yang menggalakkan ini, Majlis Aidilfitri seperti ini berkemungkinan akan diadakan setiap tahun sebagai salah satu acara rasmi persatuan.

OFMA adalah persatuan yang menyasarkan bekas-bekas pelajar Penang Free School yang beragama Islam sahaja untuk tujuan kebajikan dan rangkaian sesama ahli persatuan. Persatuan ini juga merancang untuk mengadakan jamuan tahunan kepada ahli-ahli berdaftar dalam masa yang terdekat. Untuk bekas-bekas pelajar yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut, boleh melayari www.ofma.org.my.

Gambar – Shahrul Nizam Haron

facebook comments:

3 thoughts on “Sesekali Jadi Pemberita

  1. Pingback: Aku Abah #2 | Speedrider Networks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge