Servis Proton Yang Menyakitkan Hati

Magnetrap dan X1R

Masa memula punya 1st 1,000 KM service untuk Cik Elle, 2 benda kat atas adalah add-on yang aku letak di samping normal service yang lain.

Magnetrap Description

Kalau diiukutkan, aku cuma mintak Magnetrap ni untuk dipasang, konon-kononya untuk elakkan habuk-habuk besi terlepas keluar dari oil filter. Kalau ikutkan logik psoition magnet ni di oil filter, begitulah. Tapi berapa peratus efisiennya tak dapat pulak dipastikan.

X-1R

Taktaulah macam mana X-1R boleh terlepas masuk ke EON Service seterusnya boleh jadi add-on untuk sesiapa yang nak. Dulu asyik tengok kat TV aja benda alah ni, last-last aku kena pakai.

Total Charge for first 1000KM Service

Kalau diikutkan hati, memang aku taknak masuk servis kat Eon Service ni. Terus-terang aku cakap, mahal gila babi. 1st service dulu, minyak hitam masih harga lama. Yang tak bestnya:

  1. Tak boleh bawak minyak sendiri. Kena pakai minyak service center. Hampeh! Petronas jugak kan??? Masalahnya kalau aku beli kat luar, aku boleh dapat free gift macam payung ka, cawan ka… Point kad Mesra pun dapat. Mai servis kat Proton, apa pun tarak.
  2. Kalau tak bagitau kat service desk, memang macam-macam la diaorang taruh. Kalau ikutkan hati, engine treatment tu memang aku takmau tau tak….. Jadi, kena pandai-pandailah bagitau apa yang aku nak dan apa yang aku taknak, kalau tak, bersedialah untuk dipancung kepala.
  3. RM200++ untuk 1st service memang tak masuk akal. Kalau aku tolak magnetrap dan X1R, masih RM100++.  Untuk makluman, 1st, 2nd dan 3rd service tak ada labour charge tau, free. Lepas tu RM120.00 untuk labour charge. Bayangkan!
  4. Sekarang, aku dok risau untuk 1st major service aku. Sekarang dah 13,000KM++. Dah last service free (belum masuk bengkel lagi). Aku dah telefon service center, untuk 1st major service (20,000KM), untuk Persona automatik, harganya lebih kurang RM700.00++. Rasa macam nak nangis! Kalau bukan pasal warranty, memang aku buat kat luar ajalah. Gila babi betul harga ni.

Kalau ikutkan artikel pasal QC Proton pun memang lawak (lihat sini). Terus terang aku cakap, keluaran Proton memang kasar, Paintworks semua out. Service center pun mahal gila. Aku rasa pendekatan yang Proton patut buat ialah selaraskan balik harga servis macam harga bengkel kat luar. Kalau orang tengok murah, confirm ramai orang masuk Pusat Servis Proton. Masalahnya adalah disebabkan mahal, siapa nak masuk!!! Masuk pun sebab terpaksa, warranty punya pasal! Rasa macam teraniaya pun ada.

Adakah kerana frust dan dah meluat dengan PROTON, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir (Managing Director, PROTON) pun keluarkan statement “Jangan salahkan Proton, Proton menbina 700 kereta setiap hari, iaitu 98 saat untuk setiap kereta. Kami tidak mempunyai masa untuk check peralatan kereta” (lihat sini) –  Ini masih misteri.

Dato’ Syed Zainal, kalau terbaca ni, tolong sahkan. Malas kami nak main teka-teki dengan Dato’.

facebook comments:

10 thoughts on “Servis Proton Yang Menyakitkan Hati

  1. assalam….untuk pengetahuan sis la chek dulu pe yg nk di servis..sya dh terkene kalai pertama contohnyer plug..kalau enjin start masih biase xpayah tukar lpak..coolant pun same..kite pilih yg mna nk sje..klau x mmg cekik darag nye servis centre ni…pasal x1r tu xpyah pun xpe..

  2. salam…de sape2 pki exora bold turbo x?…bru angkt 2 miggu lps…odo kt 1000 kne servis pertama…nk tnye agk2 brape ye???…he

  3. Aku tkr engine head gasket coolant. Hari ni kena rm3900. Labour caj sahaja rm700. Terkejut tapi terpaksa juga bayar. Proton servisla ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge