Sepetang Di Kuala Sepetang

Entry aku kali ni adalah feedback dari Site Mazlan

Hari ni lepas kursus, abang Jasni ajak pi try Mee Udang yang diwar-warkan dalam Majalah 3 tu. Maka, dengan semangat nak merasa, aku pun on aja lah…. Kami bertiga, termasuk dengan abang Din.

Sebelum ni, aku dengar dari mak aku ajalah, tempat ni indah khabar dari rupa ja rasanya, tapi takper. Kami nak cuba jugak!!! Kami sampai dan place order pukul 5.32 petang. Air dapat pukul 6 petang… Takper, sabar lagi… Aku order air suam pulak.. Aik!! Orang lambat dari kami dah dapat dulu mee tu, maka apa lagi, terus bersuara la… Dapat jugak mee tersebut dalam pukul 6.15 petang. Habis aja makan, aku pergi amik sendiri air suam tu sebab tukang bancuh dia cari air paip nak masak tak jumpa kot…

Maaf, bukan niat aku nak buruk-burukkan ataupun apa, anggaplah ni komen ikhlas aku sebagai pelanggan. Sepatutnya pengusaha kenalah manfaatkan sepenuhnya ‘promosi free’ di Majalah 3 dan surat khabar untuk menambah baik lagi mutu layanan, masakan dan kebersihan di premis ni. Orang yang datang pun bukan dekat-dekat, semuanya plet kereta luar yang banyak. Kesimpulannya, nak kata sedap tu takla sedap sangat. Bolehla kalau nak makan, kalau hantu makan udang, nilah syurganya dengan harga yang murah. Kesimpulannya, memang menang dari segi kuantiti, tapi kalah dari segi kualiti.

facebook comments:

15 thoughts on “Sepetang Di Kuala Sepetang

  1. incik musyrif, ambe pekena kat kedai lain SallehStall, kat sana pon ramai pelanggan, tp enviroment nye kureng cket la..ni aku igt nak pi makteh plak,

    kena bwk air suam dari rmh la ek?

  2. ko mensusutkan semangat aku sebanyak 20% untuk pergi makan mee banjir udang itu..tapi aku mau pergi juga nak merasai sendiri..aku mmg hantu udang!hahaha!!

  3. salam ziarah kembali,eh sama tajuk entri…hihihi.rasa mee ni ni ikut selera masing2..akak rasa mee dia pun boleh la..mewah udang.err sedap lagi mee segera ,,kuang2

  4. betul tu kak ainalhasnida, saya setuju, mulut lain, rasa pun lain-lain. Sekadar memberi pendapat setelah makan di tempat-tempat lain yang pernah top dengan mee udang.

  5. Salam SpeedRider

    1. tq lawat blog aku.
    2. mmg seminggu dua ni ramai yg sms/call/email kat aku pasai kualiti teruk gerai ini. Ada yg sampai nak terbalikkan meja.

    Lukmanw

  6. pehh aku mmg antoo udang..tapi tak pernah lak merase mee tuh..ade gak tingin pas tgk majalah3 aritue..tapi
    aku mementingkan kualiti..kalo dah gaye gitew..kena banned le jawabnye..

  7. kalau dah ramai komen tak sedap memang sah la ..sama dengan mulut aku ..aku rasa yang rasa manis tu agak2 nya ajinomoto kot…

  8. Pingback: Mee Udang Sungai Petani « Speedrider Networks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge