Sepai Sepai… Sawadeekap!

Alhamdulillah, akhirnya aku selamat kembali dari oversea over woods over border saja. Telinga masih ada, tangan masih ada dan kepala masih ada. Syukur Alhamdulillah. Urusan kenduri di sana telahpun selamat dan kenduri panggil seluruh penduduk Betong pun selamat dah. Nasib baik bukan aku yang kawin. Heheheheh.

Aku terlupa pulak yang Betong ni pakai soket yang lain. Maka, sangaplah aku kat sana 2-3 hari ni mati kutu.

Makanan kat sana mudah sangat nak cari, tak macam Bangkok, Danok dan Patpong. Har har har… Kat Bangkok pun senang cari, kalau tau tempat la. Cuma kat Betong ni, muslim banyak dan banyak lagi orang Siam sana tau cakap Melayu. Jadi masalah komunikasi tak berapa timbul, kecuali kalau komunikasi dengan puak-puak muda ni. Masalah sikit la… Makanan dia boleh tahan pedas, aku yang tegar nasi kandar pun hampir-hampir serender dengan makanannya yang sekejap manis macam kat Kelantan dan kejap-kejap pedas nak mampus. Sup daging ni nampak tak bersalah aja, tapi lepas kena, mau berpinau biji mata pedas. Lokasi: Tuan-Tuan Betong – stailo betul nama kedai, betul-betul tengah pekan Betong.

Bab-bab ni usah dikomen. Tak dan apa-apa lagi kat Siam dah berlambak jual jersi ni. Kahkahkah. Jadi, peminat Manchester di luar sana, lu memang kodi sebab masih pakai baju lama. Orang Siam nampaknya memang advance gila dalam bab-bab ni. Heheheh..

Orang-orang TNB dan Telekom Malaysia memang untung tak dak dah infra macam ni kat Malaysia. Aku tengok pun sampai naik serabut kepala. Wayar letrik ngan telefon campur-campur ikut suka hati saja. Traffic light dia pulak, ala-ala tahun 70-an punya traffic light, lampu hijau dua-dua side, pandai-pandai korang la nak jalan nanti. Kalau malam pulak, lampu kuning kelip-kelip, pandai-pandai korang jugak.. Signboard belakang tu…. Amboi.. Kuning betul otak hangpa semua. Hahahahaa…

Apa-apa pun, nanti bila aku dah tua sikit, aku pun taktau la macam mana hubungan kekeluargaan antara Penang-Betong masih wujud atau tak. Keluarga Allahyarham Haji Ahmad (bekas Kadi Besar Betong) sememangnya ramai. Anak sulung Tok Mad iaitu Haji Ibrahim pun dah meninggal bulan satu haritu, beliau adalah satu-satunya waris Tok Mad yang mengambil alih tugas Kadi Besar Betong dari arwah Tok Mad. Sekarang, Pejabat Agama Islam Yala telahpun secara rasmi mengambil alih urusan hal-ehwal Islam di Betong sejak ketiadaan Haji Ibrahim. Anak-anak kepada Haji Ibrahim, dan juga Kak Mah, Kak Chom, Abang Adam dan lain-lain yang sebaya dengan aku pulak, rata-rata dah tak boleh cakap Melayu. Tengoklah nanti macam mana…

facebook comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge