Semalam Di Chowrasta Cafe

Nasi, Ayam Potong 4, Bendi untuk RM7.20

Dah lama aku tak makan di area Bazaar Chowrasta. Paling last aku makan di area ini ialah 10-15 tahun yang lepas. Di waktu Nasi Kandar Globe dan Nasi Kandar International hebat berentap dalam menentukan siapa kedai yang paling hebat dalam arena Nasi Kandar di Pulau Pinang. Ya, pada waktu itu, Pelita, Subaidah dan segala jenis restoran berangkai berasaskan Nasi Kandar masih belum wujud!

Suasana Asli Sebuah Kedai Nasi Kandar

Pada sesiapa yang dah terbiasa dengan kedai asli (ehem, asli yerr..) Nasi Kandar, dah tentu akan terbayang bagaimana suasana Kedai Nasi Kandar Beratur, Immigration, Line Clear, Globe (pupus), International (pupus) dan Kampung Melayu. Suasana sibuk dan sudah tentulah nampak usang dan kotor tu, seolah-olah satu trademark! Tetapi, seperti biasa, jika keadaan nampak kotor, susah tentulah tukang masak kena memainkan peranan yang paling tinggi untuk memastikan semua makanan yang dimasaknya bersih dan terkawal daripada pencemaran.

Perlu ka aku ulas lagi pasal nasi kandar lepas tengok gambar ni?


View Chowrasta Cafe in a larger map

Ok, ini amaran aku awal-awal. Kalau berhajat nak makan di Bazaar Chowrasta, aku bagi warning awal-awal. belakang Chowrasta tu penuh berderet kedai jual daging babi. Nasihat aku, masuk ke kedai, makan dan jangan bayangkan bapak babi tergantung kat tepi market tu ok?

facebook comments:

2 thoughts on “Semalam Di Chowrasta Cafe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge