Selera Pelik Rakyat Malaysia V1

Tak Sempat Puasa Dah Sale Pre-Raya

Seronok bila jadi rakyat Malaysia. Bukan kerana apa… Macam-macam ragam pulak bila berjalan kat sana dan kat sini. Contohnya macam gambar yang aku snap kat sebuah kedai kasut di outlet Tesco Seberang Jaya ni. Puasa pun tak announce lagi, tapi dah ada sale pre-Raya. Macam-macam! Perempuan dan kedai kasut tak dapat dipisahkan. Aku beli kasut mungkin paling cepat 3 tahun sekali, dan rata-ratanya dalam average 3-5 tahun. Malah sepasang kasut joging aku yang dibeli pada tahun 1997 berjenama PUMA berharga RM79.00 masih boleh dipakai kalau mahu. Cuma nampak macam stok bundle ajalah.

Satu pemerhatian aku terhadap kaum Hawa ni ketika membeli kasut ialah… kalau nak beli kasut, tak pernah tengok dulu, main aci sambar dan pakai saja. Termasuklah Nurul. Dah berapa kali aku pesan, sebelum ambil dan cuba, tengok dulu kasut tu, takut terpegang kasut berkulit babi. Bercakap pasal kasut kulit babi, aku pernah buang sandal milik mak aku, kerana secara terang memang berkulit babi, dan sandal tersebut dibeli di Medan, Indonesia.

Tak terkata apa bila aku buang kasut tu. Nak kata apa lagi kan? Kasut dah berkulit babi. Buang sajalah….. Lain kali nak beli, kenalah tengok betul-betul dulu. Jangan ambil mudah sangat.

Sedap Jugak Kalau Dapat Pekena Megi - Kata Iron Man

Yang ni pulak, selera aku yang tak pernah berubah sejak dulu – Maggi. Dah jadi ketagihan seperti rokok pulak rasanya. Dah melekat sejak aku sekolah rendah, dan salah satu penyebab rambut aku gugur. Tapi rambut gugur tu, aku rasa masih belum ada satu penyelesaian ataupun bukti bertulis bahawa Maggi yang kaya dengan MSG tu boleh menyebabkan rambut gugur.

Makan Megi merupakan salah satu sebab mengapa Rakyat Malaysia sihat. Nikmat Meggi adalah seumpama Pasukan Pulau Pinang menang World Cup, ataupun membelasah Liverfool dengan keputusan 6-0 – Cikgu Mael ketika ditemubual oleh Daily Mirror, London.

Mudah saja, sekiranya betul menyebabkan rambut gugur, kanser dan bertambah hensem, dah semestinya produk ni ditarik dari pasaran berpuluh tahun dahulu. Apa-apa pun, aku rasa ramai orang bersetuju bahawa inilah makanan yang paling senang dimasak, dan bakal menantu dapat menambat hati bakal mertua dengan hanya masak megi saja, lepas tu claim yang tu adalah Mee Kuah, Mee Jawa ataupun Mee Udang. Simple!

Sekali Makan Macam 2 Minggu Punya Harga

Nampak hebat kan. Lepak di Coffee Bean dan menikmati Chicken Lasagna dan Apa-Ntah-Nama-Kopi-RM10 lebih-Nih.

Wek, Macam Muntah Kucing

Tetapi hakikatnya, adakah semua ini perlu untuk kita? Pada pendapat aku, walau macam mana western pun kita, macam mana high society pun kita, akhirnya nasik jugak yang dicari. Dekat Coffe Bean, harga adalah lebih kurang budget aku untuk makan seminggu, untuk hidangan yang berharga RM28.00 dan berakhir macam muntah kucing tertinggal dalam pinggan! (alamak, teringat carbonara!). Tapi untuk mencuba, apa salahnya, lebih-lebih lagi kalau dapat makan free… Kuikuikui…..

Aku mengaku, jangankan kawan-kawan aku malu, aku pun sebenarnya segan nak masuk ke tempat-tempat makan yang aku tak biasa. Aku lebih senang melepak di kedai nasik kandaq, ataupun bersila kat meja makan kedai tomyam sambil tengok berita kat tv. Kampung betul aku kan?

Kambing Dalam Tepung

Siapa sanggup makan karipap berharga RM8.00++ tak termasuk cukai lagi? Itulah apa yang aku telan untuk seketul Lamb Pie atau dalam bahasa Melayunya, Karipap Daging Kambing. Sedap memang sedap, tapi kalau dah nama kambeng tu, tetap bau mbbeeekkk jugak lah.

Western beb! Pesal pulak lu panggil Kambeng? Lamb Pie lahhhhhhhhhhhh – John Dolmat

Ah, dah cukup panjang rasanya. Gambar-gambar lain yang lebih ‘kembang tekak’ akan disiarkan di waktu lain. Terima kasih kepada mereka-mereka yang telah sponsor aku untuk merasa makanan-makanan ni dan seterusnya membuatkan badan gua kelihatan seperti Brad Pitt.

facebook comments:

6 thoughts on “Selera Pelik Rakyat Malaysia V1

  1. nasib baik hang tak buh gambaq nasik kandaq, klu x… mmg aku teriak hantu kat hang!

    klu stakat western tadakla terliur sgt… nnti skali skala hang pi buat entri abu nasik kandaq bali bali cafe sg dua… oke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge