Selamat Tinggal Sayang

Akhirnya, SOL-68S yang selama ini aku jaga dan simpan banyak kenangan terutamanya dalam Ride Solo Satu Malaya secara rasminya telah bertukar tuan pada pagi tadi.

Owner baru helmet tu adalah brader Mat Dragon, pemilik Mat Dragon Sheesha Cafe (Dragon Sisha) di Gelugor, Penang. Masa aku tunjuk pagi tadi aku dah nekad, kalau brader Mat ni tak jadi ambik, memang aku taknak jual terus helmet ni. Tapi brader Mat kata, dia nak ambik jugak. Sebabnya mudah; helmet tu warnanya hitam/oren, sesuai dengan warna KTM Duke 690 milik beliau dan bonus feature pulak, helmet tu ada design Naga, sesuai dengan nama Mat Dragon!

Moga helmet tersebut dapat berbakti kepada owner baru sebaik ia berbakti pada aku dulu. Ah, kenangan!

facebook comments:

One thought on “Selamat Tinggal Sayang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge